Monday, January 28, 2008

Advertlets Dan Nuffnang Scam?


Saya baru sahaja mendengar berita bahawa Nuffnang dan Advertlets adalah scam tetapi sejauh mana kebenarannya? Saya mendapat info ini setelah merujuk kepada beberapa forum namun tidak dapat dibuktikan kesahihannya kerana buat masa ini tiada yang tampil memberikan keterangan. Rata-rata yang memboikot Advertlets adalah kerana sikap pengurusnya yang dianggap sombong dan tidak hormat kepada blogger. Beliau dikatakan kurang ajar kepada beberapa blogger semasa perhimpunan Blogger seMalaysia di Kuala Lumpur tahun lepas.

Buat masa ini, saya membaca kisah scam Advertlets dan Nuffnang di http://wangcyber.com tetapi tidak tahu lagi adakah ia benar kerana saya juga mempunyai bukti Advertlets dan Nuffnang membayar publisher, siap dengan bukti cek lagi. Jadi, yang mana satu kebenarannya? Anda andaikanlah sendiri kerana saya pun keliru. Apa-apa pun saya tidak ingin mengambil semuanya secara personal jadi saya terus iklanlan kedua-dua syarikat ini tanpa ada sebarang masalah. Jika anda ada sebarang bukti yang dikaitkan dengan scam kedua-dua syarikat ini, jangan segan silu untuk berkongsi bersama blog ini.

P/s: Saya tiada bukti sebab saya tidak mencapai had minima mana-mana advertiser di atas. Lebih baik jangan dituduh sebarangan :)

2 comments:

  1. bro,
    aku tak fhm..apa yg ko maksudkan scam. Diaorg bayar pubkisher cmaner tuh

    ReplyDelete
  2. Dalam ako nyer definision, scam tu tak bayar. Ada yang kata diorang x byar dan ada yang kata bayar. Diorang byr guna check..macam kebayakan advertiser.

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8