Sunday, January 27, 2008

Jual Item Muat Turun Anda Dengan Payloadz

Adakah anda mempunyai apa-apa item yang boleh dimuat turun untuk dijual? Adakah susah untuk mendapatkan affiliate bagi menjual bagi menjual barangan muat turun anda? Jika anda merupakan pengguna internet sebagai medium jualan yang baru seperti saya, saya mencadangkan anda menggunakan PayLoadz.

Moto PayLoadz bersesuaian dengan fungsinya iaitu menjual apa-apa sahaja yang boleh di download seperti e-book, gambar-gambar, lagu, software atau apa sahaja yang anda rasa boleh dijual. Barangan yang anda hendak jual akan dihimpunkan di marketplace untuk dilihat oleh ramai orang. Jika anda merasakan bahawa anda tiada barang muat turun yang bernilai untuk dijual, apa kata anda menjual barangan orang lain dan mendapatkan komisen yang setimpal.

Jika anda melihat sendiri di PayLoadz, anda boleh melihat barang-barang muat turun yang dijual serendah USD3.00 sehingga USD100.00 dan affiliate komisen pula bermula serendah USD1.00 hingga USD60.00 dan masih ada yang lebih tinggi dari itu. Saya juga bercadang hendak memasarkan e-book saya melalui kaedah ini tetapi buat masa ini saya hendak menumpukan kepada improvement kepada e-book yang bakal saya jual supaya ia menepati standard yang ditetapkan.

Jika anda sudah mempunyai barangan yang boleh muat turun untuk dijual, jangan segan silu dan mula menjual barangan anda di PayLoadz. Manalah tau, anda bakal mendapat keuntungan dalam masa yang singkat :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8