Monday, January 21, 2008

Kesilapan Terbesar Saya

Kesilapan terbesar yang telah saya lakukan adalah dengan membeli domain name tanpa bertanya kepada yang pakar dan sekarang saya menanggung sedikit kerugian tetapi tidak mengapalah kerana ia hampir selesai jika tiada masalah. Jadi, kepada anda yang tertanya mengapa blog saya tidak mempunyai domain sendiri, inilah masalahnya.


Saya sebenarnya telah membeli domain name melalui mercu maya.net. Malang sekali saya tidak membaca pakejnya secara penuh, maka...saya menanggung masalah kerana domain saya tidak dapat digunakan kerana tiada web hosting. Oleh kerana sudah lama bertangguh, saya telah membuat tindakan kurang bijak dengan meminta wang semula namun seperti yang dijangka, mana boleh berbuat demikian. Saya tidak ingin menanggung kerugian maka saya cuba menjual nama domain saya menerusi Godaddy.

Tiba-tiba saya terfikir yang saya hendak teruskan juga nekad untuk mempunyai domain sendiri kerana ia merupakan suatu kepuasan yang amat sangat, maka saya menghubungu Namsahaz dan bagus sekali mereka mempunyai penyelesaian yang baik. Saya hanya perlu meminta Mercu Maya mengubah nameserver kepada nama mereka dan saya hanya perlu membayar Rm70 setahun untuk perkhidmatan mereka.

Malam ini saya telah e-mail kepada Mercu Maya supaya nameserver ditukar dan harapnya saya tidak akan dikenakan apa-apa bayaran kerana saya sendiri menjadi mangsa dalam keadaan ini. Maka, pengajaran yang saya bawa adalah jangan cuba bertindak memandai-mandai. Kini, tolong doakan semoga impian domain sendiri saya akan tercapai :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8