Wednesday, January 16, 2008

Perhatian Kepada Pemegang Akaun Paypal

Perhatian kepada semua pemegang akaun Paypal, saya baru sahaja mendapat e-mail daripada Hafiz Latib berkaitan dengan scam terbaru yang mampu membankruptkan anda dalam sekelip mata. Perkara ini sudah pun berbangkit di warrior forum dan saya berhajat untuk memberitahu anda sekarang sebagai langkah keselamatan.

Jangan sesekali klik pada link yang diberikan jika anda menerima email dari Paypal yang meminta anda untuk mengubah maklumat diri anda. Jika anda menerima email sedemikian, sila buka browser baru dan taip seperti biasa. Penipuan Paypal ini semakin menjadi-jadi. Sedikit tips yang saya boleh berikan, jika benar pihak Paypal menghantar email kepada anda, anda akan disapa terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika saya mendapat email dari Paypal, mereka akan menyapa saya "Dear Mr Khairul Anwar," ini kerana jika scam mereka tidak dapat mengesan siapa anda.

Jadi, berhati-hati jika anda mendapat transaksi email mengatakan anda perlu mengubah akaun Paypal untuk mendapat bayaran kerana anda mungkin mangsa penipuan!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8