Monday, January 14, 2008

Soal Jawab Melalui Chat Corner

Terima kasih kepada semua yang mengajukan pertanyaan di ruangan Chat Corner. Kali ini saya akan menjawab beberapa soalan dari anda, terkecuali yang menghantar melalui email.

PoorRichGuy bertanya,
Saya register advertlts..tapi tak dapat kod pon? camna nak letak kat blog saya?
Anda sudah register di advertlets tapi tidak dapat apa2 kod pun? Pada pendapat saya anda mungkin telah tersalah set. Bagaimana untuk resolve masalah ini?
1. Mula-mula anda log in ke dalam akaun Advertlets anda, pastikan anda memilih blogger dan bukan advertiser.
2. Sila klik My Account yang terletak di bahagian hujung kanan website tersebut, anda secara automatik akan terus ke bahagian dashboard. Pastikan di bahagian site adalah url blog anda, jika tidak, anda tidak dapat menerima maklumat iklan dari server advertlets.
3. Sila klik blog yang terletak di antara resources dan earnings. Anda akan dibawa ke bahagian get code.
4. Salin salah satu dari kod html yang disediakan dan paste di blog anda. Semudah itu sahaja :)


Aliens bertanya,
Google adsense bleh tak campur ngan ads lain selain dari google punyer?
Kepada saudara alien, googles ads boleh bercampur dengan beberapa agen pengiklanan seperti Bidvertiser dan Nuffnags tetapi untuk maklumat yang lebih lanjut, saya nasihatkan anda baca Terms & Conditions agen advertist yang anda ingin masukkan di dalam blog anda untuk mencari compatibility.
p/s: Google Adsense sangat tidak ngam dengan beberapa advertiser juga contohnya Adsense Beautifier dan Burst Ads, mereka akan blok iklan anda malahan menurunkan rank blog anda hingga 0!

Ifi bertanya,
x paham la nk reg paypal...kene pegi bank x?
Ifi, untuk register Paypal anda tidak perlu ke bank, anda hanya perlu klik link merah di bahagian atas web blog ini namun untuk menjadi verified user anda perlu memiliki kad debit.
Sila rujuk post saya terdahulu berkaitan Kad Debit. Jika anda masih tidak faham, anda boleh bertanya lagi kemudian. :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8