Saturday, January 19, 2008

Soal Jawab Melalui E-Mail

Saudara Hafiz bertanya:
Ntnye sket psal paypal nih...sy br nk apply credit kad public bank n kalo saya dpt wang from transaction internet kan,duit 2 msuk dlm akaun credit card tu ker?

Saudara hafiz, maafkan saya jika jawapan yang saya berikan ini kurang jelas kerana saya menggunakan debit kad dan bukan kredit kad. Sepanjang yang saya ketahui dan setelah merujuk kepada terms Paypal, wang transaksi itu saudara akan terima sebaik sahaja saudara membuat transaksi ke dalam kad. Ini bermakna kad kredit saudara adalah medium antara internet dengan realiti.

Jika saudara tidak memohon untuk membuat bayaran, maka duit di dalam akaun paypal saudara akan terus kekal di dalam tanpa dikeluarkan. Jumlah minimum untuk pengeluaran wang dari akaun Paypal ke kad adalah USD10.00 dan tidak termasuk USD5.00 jika saya tidak salah. Saya menasihati saudara untuk mengubah akaun saudara kepada akaun premier atau bisness kerana akaun personal mempunyai limit pengeluaran 5 kali setahun. Upgrade tidak dikenakan sebarang bayaran. Berikut adalah jumlah pengeluaran minimum.

Currency Balance Minimum Amount
Australian Dollars $15.00 AUD
Canadian Dollars $15.00 CAD
Czech Koruna 240.00 CZK
Danish Krone 60.00 DKK
Euros €10.00 EUR
Hong Kong Dollars $80.00 HKD
Hungarian Forint 2,100 HUF
New Zealand Dollars $15.00 NZD
Norwegian Krone 65.00 NOK
Polish Zloty 30.00 PLN
Pounds Sterling £6.00 GBP
Singapore Dollars $15.00 SGD
Swedish Krona 80.00 SEK
Swiss Francs 13.00 CHF
U.S. Dollars $10.00 USD
Yen ¥1,000 JPY

Semoga post ini dapat menjawab soalan saudara. Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8