Tuesday, February 5, 2008

Bagaimana Membuat Claim Melalui Paypal

Adakah anda rasa tertipu atau tidak mendapat sebarang feedback dari agen yang anda telah bayar menggunakan Paypal? Kebanyakan dari kita hanya akan bertindak dengan bercerita begitu begini tanpa bertindak seperti yang sepatutnya mungkin gara-gara kerana tiada ilmu mengenainya.

Di dalam post kali ini, saya akan mengajar anda bagaimana hendak membuat tuntutan ke atas syarikat yang telah menipu anda dengan menyuruh anda membayar sesuatu servis melalui Paypal. Caranya mudah saja dan saya akan terangkan satu per satu.

Langkah Pertama
Klik di bahagian Resolution Center dan pilih Report A Problem.Kenali masalah anda, adakah ia berkaitan tidak mendapat barangan atau barangan tidak mengikut kehendak atau berlaku kecurian wang paypal.

Langkah Kedua
Masukkan ID transaksi. Jika anda terlupa ID transaksi tersebut, anda boleh menyemak semula ID transaksi anda dengan memilih antara senarai transaksi. Kemudian tekan next.

Langkah Ketiga
Anda akan diberikan maklumat berkenaan transaksi tersebut. Anda kemudian diminta untuk memberi mesej kepada syarikat terbabit. Paypal menggalakkan anda menggunakan pendekatan yang lembut. Setelah send, tunggu sahaja email balasan dari Paypal.

Adalah dimaklumkan bahawa permintaan bayaran ini perlu dilakukan dalam lingkungan 45 hari selepas transaksi. Paypal akan berikan masa 20 hari ini untuk memberi ruang antara anda dan peniaga untuk berbicara. Setiap email anda bakal direkodkan. Jika hal ini tidak selesai, dalam masa terdekat anda boleh menyuruh Paypal membuat tuntutan wang anda.

Paypal Specialist akan menilai mesej yang diterima serta maklumat transaksi dengan perkadaran segera. Ini merupakan langkah terakhir untuk mendapatkan wang anda kembali jika kaedah lembut ditolak peniaga. Dari sini, anda hanya mampu berdoa yang kemenagan berpihak kepada anda.

P/s : Belajar dari pengalaman, pengalaman mematangkan diri :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8