Sunday, February 3, 2008

Bisnes Jual Beli Domain

Menjual semula web domain merupakan antara cara-cara menjana kewangan menerusi internet. Kebiasaanyam sebelum sesiapa hendak membeli apa-apa web domain untuk dijual, anda dinasihatkan untuk sentiasa update kepada media. Sebagai contoh, jika syarikat Synergy baru sahaja ditubuhkan dan ingin menjadi global, anda boleh membeli domain Synergy.com dan menjual semula kepada mereka dengan harga yang lebih tinggi. Jual beli nama domain ini saling tak tumpah seperti proses jual beli nombor plat Malaysia.

Namun begitu, di dalam forum italkcash.com, terdapat beberapa skeptik yang mengatakan bahawa dalam beberapa tahun akan datang, internet akan menjadi semakin terkenal dalam masa yang sama harga domain akan menyusut di pasaran kerana permintaan yang bertambah. Selain dari itu, ada kemungkinan bahawa domain dot com tidak dibeli kerana telah wujud domain berciri kenegaraan seperti dot com dot my bagi Malaysia.

Jika difikirkan, ia boleh dikatakan benar kerana seperti dunia teknologi sekarang, barangan teknologi semakin murah, inikan pula nama domain. Anda bayangkan, 5 tahun lalu, thumb drive 512mb bernilai Rm200 tetapi sekarang 1Gb hanya berharga RM39.00! Bayangkan kemerosotan harga tersebut. Jatuh melebihi 200% dalam masa kurang dari 10 tahun!

Tambahan pula, ada yang mengatakan ini bukanlah bisnes yang menguntungkan dalam jangkamasa yang lama kerana nama domain perlu dimaintain sepanjang tahun, ini bermakna jika anda beli domain dengan harga Rm30, untuk maintain domain tersebut selama 10 tahun anda perlu bayar Rm300. Adakah target anda 10 tahun akan datang, anda boleh menjual domain anda dengan harga tersebut kerana harga domain dunia bakal menjadi murah kerana populariti.

Namun begitu, terdapat juga pendapat positif yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan di atas. Dikatakan walaupun harga bagi sebuah nama domain semakin murah, domain nama yang spesifik masih lagi mahal kerana keunikan mereka. Sebagai contoh, anda rasa berapa harga nama domain untuk money dot com, atau cash dot com, atau Malaysia dot com? Nama-nama ini terlalu unik dan semestinya harga bagi domain ini semakin meningkat dari masa ke semasa.

Secara konklusinya, bisnes jual beli nama domain merupakan antara perniagaan yang agak menguntungkan jika anda berjaya menceburinya. Anda boleh menjual beli domain di godaddy.com kerana halaman web ini merupakan antara punca utama pembeli domain dunia untuk membuat rujukan harga domain.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8