Friday, February 8, 2008

Magic The Gathering

Pernahkah anda mendengar mengenai Magic The Gathering? Magic The Gathering merupakan trading card keluaran Wizard of The Coast yang sangat terkenal dan sudah mempunyai lebih dari 7 versi. Trading card ini sudahpun meluas sehingga mempunyai novelnya sendiri serta game secara online.
Secara ringkas, di dalam Magic The Gathering anda bermain sebagai seorang ahli sihir yang perlu menewaskan ahli sihir yang lain. Dengan mewakili suatu elemen samada air, api, matahari, paya dan hutan, anda perlu menewaskan musuh anda dengan menurunkan pointer nyawanya kepada 0 dari 20. MTG saling tak tumpah seperti game strategi cuma perbezaannya ialah ia tidak memerlukan bangunan kecuali untuk beberapa makhluk.


Kadnya pula boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperi Instant, Sorcery, Creature, Enchant Creature, Enchantment dan pelbagai lagi dengan sangat banyak term sehinggakan permainan ini dibukukan peraturannya. MTG telah mempunyai pertandingan di peringkat dunia dan pemenang dapat membuat custom deck sendiri ditandatangani di bahagian hujung dengan pen berwarna emas.

Berapakah harga satu deck baru? Harganya di pasaran mencecah RM50 untuk satu deck dan bagi expansion set adalah Rm20 yang mempunyai 12 keping kad. Namun begitu, jika anda membeli di http://kabelduit.com, anda dapat membeli open set dengan hanya RM40.00 yang boleh anda customize sendiri (60 keping)! Anda juga akan dihadiahkan satu rare card.

Untuk tempahan, sila email dengan klik link email di bahagian kanan web blog ini.


P/s : Saya adalah ahli sihir untuk semua elemen :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8