Thursday, March 27, 2008

Amaran Keras Kepada Blogger!

(Snapshot dari USB TV, promote)
Ada sesiapa yang menonton berita semalam? Sudah tentu ramai yang sudah menonton Buletin Utama pukul 8.00 mlm berkaitan blogger yang disaman sebanyak Rm 4 juta atas post yang telah ditulis berkaitan UUM dan naib canselornya. Wah, Rm 4 juta bukan suatu nilai yang sedikit, saya jamin jika saya jual segala harta benda saya, masih berhutang Rm 3 juta lebih.

Beliau tampil di dalam berita semalam dan menyatakan perkara demikian, beliau meminta blogger untuk bertanggungjawab atas apa yang telah ditulis. Kadang-kadang takut juga menjadi blogger ni memandangkan para blogger semakin dipantau pihak kerajaan dan swasta serta polis supaya tidak berlaku penyelewangan dan ancaman kepada negara. Bagaimana dengan kebebasan media? Saya pun atas pagar bila jari jemari blogger perlu dirantai di perlembagaan persekutuan.

Ada juga hikmahnya, sekurang-kurangnya tidak berlaku sebarang fitnah memfitnah yang biasanya ditampilkan oleh mana-mana blog berbau politik dan ada juga berita yang betul. Blog merupakan suatu tempat expressi diri dan tempat luahan pendapat, namun, kini pendapat sendiri perlu difikir masak-masak sebelum diterbitkan.

Nasib baik blog saya tidaklah berbau politik sangat, cuma time pilihan raya hari tu je, yang lain semua out of the game. Takut juga nak menaip posting kali ni takut apa-apa jadi. Harapnya tidak lah sehingga diheret ke mahkamah semata-mata meluahkan secebis pendapat sebagai santapan para pembaca.

P/s : Kalo berkaitan fitnah, ia bukan pendapat lagi.

3 comments:

  1. Salam.. Agak-agak bloggers nak berhenti ke buat keje ni.. Lagipun rakyat nak jugak tahu berita yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. hmmm.. tak perr laaa..tak perlu risau..sebab kita blog pun bukan atas dasar politik atau apa.. macam jugak buat buku.. kalo tak buat buku tentang prono atau hasutan, kita tak perlu risau. Tapi, tang pihak atasan pun.. kenalah buka mata..jgn main cap bila kata bloggers tu, ertinyer semua politik.. bloggers macam buku jugak..ada macam2 tajuk..tentang kewangan (cam blog ni..hehehe), tentang hidup dll.. Kalo nak sekat umpama cam..marah nyamuk satu kelambu dibakar.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Tau xpe...jangan nak cop bloggers ni jahat sangat. Ada yang ok, blogging for good cost. Harapnya kalo government nak take action pun, tengok lah keadaan dulu. Jangan taram je. Jangan pasni marahkan nyamuk, rumah dibakar. Pakai le Ridsect ke, Fumakilla ke, Bayer ke...baru berkesan.

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8