Tuesday, March 4, 2008

Antara Entrepreneurship dan Pilihan Raya.

Adakah anda semua pengundi yang sudah berdaftar? Saya kira rata-rata sudah mampu mengundi. Jadi, tunaikanlah kewajipan anda sebagai pengundi. Di sini saya ingin memberikan sedikit pandangan berkenaan pilihan raya dan perniagaan internet. Ada kaitan ke?

Jika ditanya pada pandangan peribadi saya, sudah pasti banyak kaitannya. Kebiasaannya di waktu ini perniagaan internet mempunyai sedikit penurunan di dalam Malaysia, sebagai contoh, saya sendiri. Tiada penjualan sepanjang seminggu yang lalu. Aduhai, sangat parah. Mengapa ini terjadi? Tidak lain tidak bukan kerana ramai yang mula sibuk berkempen dan berkempen lagi dan berterusan berkempen. Biasalah, berapa kali sahaja kita dapat jadi sebegini.

Namun begitu, diingatkan bahawa pilih parti yang benar-benar mampu menjana petumbuhan ekonomi yang baik. Saya tidak akan membuat sebarang promo percuma maka terpulang kepada anda. Dalam-dalam sibuk berkempen ni, internet seperti makin perlahan, bukan? Mungkin ramai yang mula menggunakan internet sebagai akses promosikan calon mereka. Anda bagaimana? Internet di tempat saya terlalu lembap untuk download anime etc.

Saya baru sahaja dapat warming up dalam keadaan ini. Saya masih kurang sihat untuk memberi sebarang tips perniagaan internet. Jadi, daripada merapu dan merugikan anda, lebih baik off topik :) Agaknya bagaimanalah keadaan di Kelantan...

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8