Sunday, March 16, 2008

Apa Itu Maklumat Transaksi?

Nampak gayanya ramai juga yang bertanya kepada saya, apa itu maklumat transaksi? Sebenarnya selama ini saya ingatkan perkataan itu sudah sinonim dalam masyarakat kita. Baiklah, kepada para pembaca yang mungkin terlupa, maklumat transaksi adalah perkataan lain bagi bukti pembayaran.

Ini bermakna, setelah anda membuat sebarang deposit wang ke dalam sesuatu akaun samada melalui mesin ATM, internet banking atau pun kaunter bank, jangan lupa untuk mengambil atau meminta resit. Ini penting kerana ia mengandungi maklumat transaksi atau bukti pembayaran yang dapat memastikan kelancaran bisnes anda.

Kebiasaanya, maklumat transaksi yang diperlukan oleh seseorang peniaga seperti saya adalah seperti berikut:
1. Tempat wang di depositkan.
2. Masa, lengkap dengan format berikut jam/minit/saat
3. No rujukan transaksi
4. Jumlah wang yang di depositkan ke dalam sesuatu akaun

Baiklah. Jadi, selepas ini, saya harap para pembaca lebih memahami apa yang dimaksudkan sebagai maklumat transaksi supaya anda lebih mudah membuat sebarang urusan jual beli tanpa sebarang masalah :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8