Wednesday, March 19, 2008

Bagaimana Mengelakkan Fraud Kad Kredit?


Kad kredit sangat sinonim kepada masyarakat sekarang terutama remaja dan juga usahawan. Ini kerana mudah untuk membeli barang tanpa membawa duit yang banyak. Malahan, anda boleh membuat urusan jual beli di internet. Namun, oleh kerana inilah ramai belia di Malaysia sudah diishtiharkan muflis dan termasuk dalam golongan black list. Bersyukur kerana saya menggunakan debit kad.

Kadang-kala, bukan kita yang membeli barangan tersebut tetapi bila kita periksa slip bayaran bulanan, ada sekian-sekian jumlah yang sangat memusykilkan. Bila fikir-fikir balik, kita tak beli apa-apa tapi macam mana boleh melambung sehingga beribu-ribu ringgit? Jika ini terjadi kepada anda, kemungkinan besar anda telah di scam, kad kredit anda telah di fraud.
(Terlupa maksud rasmi fraud dalam BM)

Jadi, berikut adalah langkah-langkah yang sangat saya sarankan yang diharap dapat membantu para pembaca yang mempunyai kad kredit
1. Jangan sesekali memberi no kad anda kepada sesiapa yang tidak dikenali atau penjual yang menelefon anda. Jangan terpedaya dengan tawaran hadiah yang memerlukan no kad anda.
2. Simpan nombor bebas tol yang ada pada kad kredit anda dan simpan di semua tempat yang boleh, nak tulis kat tangan, baju dan dada pun xpe supaya kalo berlaku kehilangan atau kecurian, boleh buat laporan segera!
3. Pastikan anda periksa kad anda selepas membuat pembayaran kerana takut ia kad palsu.
4. Sentiasa tandatangan kad anda sebaik sahaja anda menerimanya.
5. Jangan bagi orang pinjam kad kredit anda, tak kira lah anak punya makcik punya atuk sekalipun. Jika mereka perlu bantuan anda, pastikan anda yang membuat bayaran.
6. Simpan penyata bil anda. Manakala jika anda hendak membuang resit bayaran anda, cincang2 dulu resit tu, bakar ke, atau kunyah terus...sebab ada maklumat dalam tu, bahaya.
7. Kalo nak buat bayaran, pastikan anda membeli di website yang selamat. Panduan anda adalah tanda mangga kat hujung web browser anda.

Ok, itu sahaja tips yang boleh saya bagi. Ingat semua nie supaya para pembaca tidak menangis membayar hutang di kemudian hari atau anak-anak pembaca tidak menangis membayar hutang pembaca kelak!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8