Tuesday, March 11, 2008

Bagi Email Tanpa Bagi Email?

Dengan kewujudan e-mail harvester, e-mail spider dan banyak lagi software untuk mengaut dan mengambil e-mail anda tanpa pengetahuan anda dan menjualnya atau menggunakannya untuk spamming, menulis alamat email di internet bukan lagi perkara yang selamat. Banyak altenatif yang telah digunakan seperti menggantikan @ dengan {a} dan sebagainya. Namun, bagaimana pula dengan e-mail harvester manual, iaitu golongan yang mengutip email tanpa software? Masih tidak selamat, bukan?

Atas sebab inilah saya ingin memperkenalkan kepada anda website yang pasti dapat membantu anda, secara percuma! Website yang saya maksudkan tidak lain tidak bukan ialai Contactify. Contactify membantu anda merahsiakan email anda tetapi dalam masa yang sama orang luar masih dapat berhubung kepada anda. Konsepnya sangat mudah.

Contactify memberikan link kepada anda setelah anda membuat registration yang amat cepat, saya jamin kurang dari 5 saat! (Melainkan jika anda penaip yang teramat perlahan...). Segala urusan email berlaku sewaktu orang asing klik link anda, mereka perlu memasukkan sedikit detail bari boleh email kepada anda.

Kebaikan menggunakan Contactify adalah anda tidak perlu risau kerana hanya pengguna organik dapat menghantar email kepada anda, ini bermakna no spammer, no bot. Selain itu, mereka dapat hantar email kepada anda tanpa anda mendedahkan alamat email anda. Jadi, anda dapat berhubung dengan pelanggan anda tanpa mengganggu privasi anda!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8