Monday, March 24, 2008

Bantulah Saudara Baru Kita

Salam kepada para pembaca,
artikel ini ditujukan khas bagi membantu saudara baru kita, saudari Kamilah yang baru sahaja memeluk agama islam dan mempunyai dua orang anak iaitu Hafiz dan seorang bayi perempuan yang mengidapi sakit kuning. Kamilah baru saja masuk islam pada bulan Ramadhan yang lalu. Jika para pembaca ingat ini merupakan suatu scam, ini adalah tidak benar.

Kamilah telah pun berdaftar dengan PERKIM USJ dan pihak mereka telah mencuba sedaya upaya untuk membantu Kamilah termasuk membiaya perubatan Kamilah dan anak-anaknya yang jatuh sakit. Ini mungkin cubaan dari Yang Esa, bukan sahaja kepada beliau tetapi kepada kita, samada kita hendak membantu saudara seagama kita atau tidak.

Sebelum ini Kamilah mempunyai rumah dan sebagainya tetapi beliau diminta keluar kerana tidak menjelaskan hutang rumah sewa selama tiga bulan berturutan. Kamilah tidak dapat bekerja untuk jangka masa yang lama kerana anak-anaknya yang masih tidak sihat. Beliau adalah ibu tunggal.

PERKIM USJ kini sedang mencari beberapa perkara terbabit

  • Mencari sebuah rumah/apartment untuk disewa (Beliau boleh menyewa bilik-bilik untuk membantu kewangan), Sebaiknya di kawasan USJ kerana Hafiz belajar di Dzuliman, USJ 6. Mesti ada kemudahan pengangkutan awam supaya senang untuk beliau hantar anak/pergi kelas mengaji. Sewa lebih kurang Rm600 ke bawah.
  • Mencari penaja untuk membantu beliau, sekurang-kurangnya untuk membantu bayar sewa rumah/apartment. Pihak PERKIM USJ akan menguruskan resit pengecualian cukai kepada penderma.
  • Kalo boleh, cari bilik sewa. Tapi kebanyakan tidak akan senang dengan kehadiran anak-anak.
  • Program keluarga angkat. Membenarkan dia tinggal di rumah dan membantu keluarga angkatnya serta membenarkan beliau keluar bekerja. Anak bakal ditinggalkan di babysitter sewaktu beliau bekerja supaya tidak bebankan keluarga angka
Jika anda atau anda mengenali sesiapa yang dapat membantu anda atau pihak PERKIM USJ, sila hubungi nombor ini, Shima Derus - 0192869666.

P/s : Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8