Thursday, March 13, 2008

Berkesankah?

Saya selalu berfikir bagaimana caranya meluaskan empayar perniagaan melalui internet supaya sekurang-kurangnya website ini cukup terkenal dan selalu dilawati. Banyak cara yang difikirkan supaya websales saya, http://thedollartools.com mendapat jualan yang baik. Malang sekali, terlalu banyak faktor-faktor yang perlu difikirkan termasuk kos kewangan.

Anda rasa, adakah pengiklanan melalui televisyen dan surat khabar dapat membantu website anda untuk berkembang? Saya telah membaca sebuah e-book iaitu Tidak Perlu Kerja berkaitan bagaimana mengiklankan produk anda dan beliau langsung tidak menyarankan penggunaan televisyen, radio dan surat khabar. Mengapa beliau berkata demikian, jawapannya adalah fokus.

Fokus para pembaca dan penonton televisyen adalah apa yang disiarkan secara terus, maka, mereka jarang untuk mengambil kisah apa yang diiklankan di televisyen terutama berkaitan internet. Tidak tahu mengapa, masyarakat Malaysia terlalu takut untuk berbelanja secara online, sedangkan secara manual lagi banyak penipuan dan sebagainya.

Bukanlah ingin memerli di sini, tetapi contoh terbaik yang ingin saya berikan yang berkemungkinan merupakan kegagalan dalam pengiklanan di televisyen yang sudah tentu memerlukan sokongan kewangan yang banyak adalah monsun-biz.com. Monsun-biz.com mengiklankan website mereka di TV3. Saya telah melawat website tersebut dan sungguh sedih kerana melihat ianya seperti cerita Silent Hill.

Senyap, tidak banyak berlaku urusan, ruangan iklan berbayar adalah kosong. Bayangkan, urusan jual beli kurang dari 20. Dengan kaedah penjualan dan pembelian hampir sama seperti Lelong.com.my, website ini ternyata memerlukan lebih sekadar pengiklanan di televisyen. Pengajaran yang terbaik di sini, lakukan iklan yang sewajarnya dan bersesuaian dengan medium.

2 comments:

  1. mirsb tu entah ape2.. duit orang dia nak, bila hantar email ke callcenter.teknikal@gmail.com utk minta bantuan teknikal pun susah sangat dia nak balas balik.. tak habis2 nak bukak cerita pasal masa dia miskin dulu.. siap menangis2. ramai sgt yg dah komplen pasal tahap profesionalisma diorg yg kureng.. sampai sekarang bossmailer pun tak dapat2 lagi..

    ReplyDelete
  2. Anonymous join mirsb ye, berapa kena bayar? Hurm, jika difikirkan semula, tengok email bantuan teknikal dia pun dah macam x yakin sangat. Kenapa guna gmail kalo berduit, betul x? Jika anonymous rasa ditipu, saya sarankan anda buat laporan polis dibawah akta jenayah siber.

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8