Friday, March 21, 2008

Bersama Hentikan Penipuan Tidak Beretika (Mesti Baca)

Sekarang ini terlalu ramai yang ingin menjadi kaya dengan r segera hingga tidak dapat membezakan antara penipuan dan kebenaran. Malah ada yang sanggup kawan makan kawan, makan saudara sebangsa seagama semata-mata untuk menjadi kaya, mendapatkan keuntungan berlipa ganda tanpa memikirkan nasib orang lain. Memang sedih tetapi inilah hakikat zaman sekarang, kewangan satu kepentingan, bukan lagi nilai moral.

Saya di sini ingin mendedahkan kepada anda sindiket yang sedang diperangi bersama-sama yang lain untuk menyedarkan masyarakat dan pengguna internet tentang perniagaan bossmailer yang merupakan penipuan terbesar buat masa ini. Menjanjikan pulangan berjuta-juta dengan bermodalkan beratus ribu. Ramai yang tertipu termasuk di negara ini. Untuk menjadi agen penjualan pula perlu membayar Rm20 000. Hati-hati.

Syarikat ini telah bertapak di dada akhbar, malahan telah masuk televisyen untuk mempromosikan bossmailer dan sekarang tapak perniagaan virtual berharga RM10 000 hingga Rm100 000! Apa semua ni? Suatu penipuan terancang yang masih dibawah pemantauan KDNHEP dan telah menipu ramai pengguna yang terutamanya golongan bumiputra. Slogan pernipuannya, bumi untuk bumi.

Sayang sekali, rakyat bumiputra yang berasal dari Terengganu ini telah terlalu rambang mata dan menipu ramai orang, tanpa memikirkan dari mana asal usul mereka. Inilah skim cepat kaya versi baru. Dia megah menunjukkan BMW dan Mercedes hasil dari wang yang diterima dari penipuan ini dan tidak serik mencari lagi. Sayang sekali bila wang mengaburi mata.

Monsun-biz.com hanyalah salah satu dari penipuan syarikat ini. Ramai yang telah tertipu dan menyesal tetapi apa kan daya, wang sudah dibayar. Bossmailer tak dapat2. Wangcyber rancak mengorek rahsia syarikat ini dan konklusinya, ia tidak lain lagi hanya penipuan. Jadi, jika anda merupakan agent kepada MIRSB, Monsun-biz, I-Go, IVIP,SeeMore, Gate2020 atau mudah bicara, Pn. Nora, sila berhenti. Jangan jejaskan nama baik anda.

Banyak lagi kaedah untuk menjana wang di internet, yang penting, jangan menipu sesiapa kerana duit tersebut tidak berkat dan memakan anda sendiri. Hanya kerana ia masuk TV (TV3) dan surat khabar (Harian Metro), ini tidak bermakna ia benar.

Fikirkanlah...

Webmaster Kabelduit.com, mendidik demi agama dan bangsa!

23 comments:

  1. really ??? tak sangka benda ni satu penipuan..memang dah agak dari dulu lagi coz tapi ramai jugak org yang join benda ni...btween, ape kata yakuza hebohkan pasal dis thing kat forum ke ape ke...baru orang ramai dapat baca..

    ReplyDelete
  2. Itulah yang saya tengah cadangkan, tambahan para pembaca dapat sebarkan penipuan ini. Jangan biarkan melayu tertipu kerana melayu.

    ReplyDelete
  3. aku tak ske betol ngan org melayu cam ni..dahlah kaki penipu, pastu habis ditipu sume duit org2 melayu yang masih belum terbukak hati lagi ni...

    aku rasa kita kene bongkarkan benda ni..kalo wangcyber bongkarkan pasal penipuan internet, kita bongkarkan pulak pasal real offline bisnes..

    kita kasi satu malaysia tau..jgn biarkan org2 cam ni bermaharaja lela lagi..

    ReplyDelete
  4. Real offline business yang menipu? Apa cadangan drinho?

    ReplyDelete
  5. cdgan ape maksud anwar???yelah kita hebohkanlah kat forum pasal real offline yg menipu ni...macam mane???sanggup ke wat???

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, tapi after saya exam dulu lah sebab tengah exam sbenarnya sekarang ni, tapi sempat ambil masa sikit untuk blogging :)

    ReplyDelete
  7. Bossmailer yg dorang jual kat monsun-biz tu, sebenarnya e-mail extrator,tujuan utk spam. Yang pelik tu dorang bleh jual RM5,000, sedangkan harga sebenar software nacam tu tak lebih RM 200. Software tu da kena ban kat US, tak boleh guna. Satu lagi lamanweb yg dorang pamerkan kat katelog dan lamanweb monsun: www.seemore.com.my, kalau korang pegi kena hati2 sket sebab ada virus pada page tu.
    Aku cakap ni bukan nak tuduh, tapi aku dah 2 kali pegi seminar dorang.
    Kalau orang yang x tau tentang internet ni, memang senang kena tipu. Ada banyak lagi yg saya nak bongkar, nanti saya akan sambung lagi.

    ReplyDelete
  8. Hebatlah matamata,memang macam mata-mata. Memang murah email harvester sebenarnya, sekarang ni x sampai Rm50 pun. Dari Wangcyber cakap diorang ni pandai mengelak soalan bila ditanya...

    ReplyDelete
  9. Macam orang jual obatlaa katakan...duit dapat, obat beracun!
    Waktu seminar tempoh hari, dorang ada buat amaran keras (Moderator- Sidek),pada hackers2 Malaysia jangan mimpi nak hacked sistem dorang, sebab dorang dah upah bapak segala hacker, iaitu kumpulan hackers Russia unk jaga sistem dorang...waa hebat dorang semua.. sapa plak yg nak hacked dorang???.Dorang cuba yakinkan orang yg server dorang tu terlalu secure, malah lebih secure dari server FBI,Microsoft dll.
    Pada hari tu ada banyak topik tentang orang2 yg nak jatuhkan dorang laa..mungkin dorang rasa orang ramai damula sedar yg mereka bakal kena jual kot....

    ReplyDelete
  10. Kesedaran tu yang kita nak sebenarnya...baguslah kalo masyarakat dah mula sedar. Hackers dari Russia? Aduhai, harap-harap takde lah yang kena kencing dengan penipuan tu...thanks matamata!

    ReplyDelete
  11. PAKEJ-PAKEJ YG DIJUAL:

    1-Monsun-Virtual Property.
    Konsep nie sama mcm Lelong dan Ebay.
    Perbezaan-nya cuma,sesapa yg join Monsun akan diberikan panel gambar (slot gambar) utk disewakan pada pelanggan dengan harga RM50 sebulan.
    Jadi utk kelihatan baik, mereka offer 20, 000 unit percuma pada ahli dan ahli boleh jual ngan harga RM50.
    20,000 x 50 sebulan= ?
    Kat mana lojiknya nak jual 20,000 slot iklan ngan harga RM50??, sedangkan banyak laman web2 Malaysia yg boleh bagi free je!
    TU PUN da bagi free, NAK DAPAT 20 IKLAN PUN SUSAH!!
    Sepatutnya dorang mesti buktikan yg dorang bleh jual 20, 000 slot sebulan,baru ajak orang lain buat!,ni x dia cakapx srupa bikin!. klau x caya tengok web dorang: www.monsun-biz.com web pon x de content...kosong dan design pun mcm budak baru blajar...
    Jadi hati2 lah bila tengok iklan dorang tu...jangan mudah terpengaruh...nie bukan sket duit yg kena keluar...
    Saya simpati bila tengok makcik pakcik yg betul2 nk cari duit halal, tapi kena tipu idup2.

    2-BOSSMAILER
    Macam kita kata kat atas tu.....

    3-Call Center
    Yang nie plak sistem mobile, sesapa beli nie bleh wat sistem sms,iklan,kuiz, chat, ringtone dll. Tapi monsun bukan satu2nya yg ada produk nie. Banyak lagi company kat malaysia yg offer ngan harga jauh lebih rendah. Tapi ingat!!, sistem ni yg dibeli oleh seorang kawan telah mengalami banyak masaalah...callcenter monsun nie mcm sistem yg x siap (sempurna) atau mcmlepas batuk kat tangga. Lagi satu customer support dorang adalah yg paling teruk dlm dunia!!. Jadi kalau ada masalah pandai2 sendirilaaa.....

    4-2020 Payment Gateway
    Yang nie plak mcm Paypal, e-gold dan sistem gateway yg lain, cuma sistem dorang nie,payment terus kat bank Malaysia...tapi yg peliknya aku x pernah nampak orang guna dalam internet sistem nie dan kalau ada pun mcm x sempurna, sebab ramai yg datang seminar dorang ada yg dah setahun beli, tapi x bleh wat apa2 sebab teknikal support dorang x ada dan staff xde experience...ada yg kata menyesal beli sistem yg x siap tu..tapi apableh buat, da terkena.
    Pada anda semua, berhatilah bila lihat iklan yg mulok2 tu...hati2 ada buaya dalam air yg tenang...dan jangan terlalu tamak....nanti sendiri yg rugi.....

    Cuba tengok kat sini nie
    baru betul nak tolong orang Melayu!!

    ReplyDelete
  12. I see, tapi memang dah tengok monsun-biz tu sebelum nie, memang teramatlah huduh dengan fancy, xlawa langsung, sunyi dan senyap macam rumah hantu. Lagipun call center dia memang problem, ada pembaca yang dah tertipu, call center x angkat bila dia telefon, hampeh.
    Bossmailer pun xsampai-sampai lagi.

    Jika pembaca berminat dengan pengiklanan sebenar, klik lah link yang ditawarkan matamata, cantik website dia.

    ReplyDelete
  13. salam all.aku ni bknla nk baking sesape.mcm yg matamata said,dorg pnye sistem x siap,x complete of course la sbb yg bossmailer br launching bln mei aritu.seemore pn br nk launching this sunday.klu btl matamata nk siasat btl ke tak,why not go for technical class(takat g taklimat free,mmg la dia rahsiakan jln bisnes dia).then u will know the truth.every bussiness ada cheating.even u klu jual ikan masin pn,nk ada untung..

    ReplyDelete
  14. well anoynamous, sure bro dah join atau a part of the team. Sure bro tau yang Bossmailer ialah jenayah siber iaitu jenayah spamming, cuma kerajaan Malaysia x ambil tindakan.

    Seemore tu siap ada trojan boleh masuk sistem bila kita surf. Macam mana pulak ni? Saya buat email marketing bayar Rm20 je untuk email ke 2.7 juta orang berbanding bossmailer yang sah-sah illegal.

    Lagipun, bro dah dapat password bossmailer? macam mana pula dengan customer care center yang x idop2?

    ReplyDelete
  15. salam newacx.first n foremost,i bkn bro,but sis.aku bkn dah join or team bossmailer.aku hnye pemerhati biasa.aku keje kt library negara as a team ict.dr pemerhatian aku,monsun ni bkn utk dpt duit senang.let say,nak join kene ada modal(which is dah x mudah nk dptkn duit),then u nk fhm,u have to attend the briefing(kene g tmpt dorg buat briefing,bkn takat dgr dr org yg zero),then nk lbih phm,kene g class(byr RM100/class).of course ada yg x phm kali petama g class sbb dorg lansung xtau psl comp at all.dah x phm,kene g class lg(byr lagi RM100),smpai phm.cnth,klu dorg amek pakej RM5k(byr RM1k je sbb the rest tu di support by TEKUN),class plak,let say RM300/3 kali g class sbb lmbt phm:
    TOTAL : RM1000+RM300 = RM1300

    RM1300 je??
    nk di bandingkan dgn loan study PTPTN aku yg mencecah rm28k utk aku jd programmer comp yg gj hanye RM2k(tu pun klu ada elaun dll).menghabiskan mase 3 tahun utk bljr,n income hnye bnyk tu(bkn menyesal).

    buat u all yg dh pandai ict,of course korg tau brape hrga,ptt x ptt,bgs x bgs sbb kte dh tau psl bidang kte.tp buat org yg x phm apatu ict,dorg kene bljr,kne lalui susah sng utk berjaya n MIRSB hnye bantu utk org2 yg nk tau/jana income melalui ict dgn pakej n class2 dorg.
    aku x kate dorg btl @ korang salah,tp dgn knowledge yg dorg bg compare dgn duit yg org2 byr utk join pakej,it worth!dorg x pyh hbiskn mase g universiti/kolej utk dalami ilmu ict yg kte cintai.
    don't u think it worth?
    aku rase org yg mrh n x puas ati dgn monsun n all ank-brank dia krn mereka ini tergolong dlm golongan org yg nk cpt kaya.dorg hrp,msuk monsun etc,dorg dpt income yg di paparkn dlm iklan.itu lah yg mslh sgt bg dorg.nk kaya cepat..AND THAT IS TOTALLY WRONG.
    dah msuk pakej,kene g class n bljr,bljr,bljr n bljr sampai phm!(mcm aku dlu gak,nk bleh jd cm arini)..
    aku x salahkan korg yg kondem2 monsun,etc ni,itu pndgn msg2 n aku hrgainya.
    lain kali jumpa lg..daa

    ReplyDelete
  16. Maaf sis :P apa yang sis kata ada betulnya, mungkin orang yang join monsunbiz ni mengharapkan kaya yang cepat tapi jika tengok konteks yang disediakan, siapa yang sebenarnya nak kaya cepat?

    Jika MIRSB menyediakan platform untuk orang berniaga secara maya, atau membantu mereka untuk berjaya, kenapa perlu diletakkan harga melampau dan menetapkan keuntungan melampau?

    Kita sedia maklum berapa sebenarnya "nilai" tanah maya, untuk membuat sesebuah domain berapa aje kosnya, itu dah ada unlimited subdomain yang di "claim" menjadi kedai-kedai maya yang boleh disewa.

    Nilai pasaran internet memang tinggi, saya akui. Ramai tidak lihat benda ni suatu potensi menjana income yang stabil. Mungkin MIRSB nak ambil peluang ni, siapa yang tahu...

    Yang pastinya, mentaliti orang ramai perlu dididik dan diperbetulkan. Saya x sanggup tengok ramai yang kecewa dan menderita dengan kekayaan yang dijangka sekelip mata.

    Thank sis for the very informative feedback :)

    ReplyDelete
  17. salam newacx..
    about the price of the land yg invincible ni..mmg btl la.klu nak kira hukum,jatuh riba' dah tu.klu dh riba' mende dh jadi HARAM,ye tak?
    but,honestly from the bottom of my heart(tiru lagu britney),aku rase mende ni xdela karut sgt.compare ngan bisnes apetah(aku tatau nk bg nama ape)yg main masuk2 duit dlm akaun org ni.product xde,kene cari org and bank in duit dlm akaun org tu about RM4k(aku tau member aku join).mmg kaye,tp jual produk ape?yg tu aku tgk lagi panas..seme org melayu bro!
    monsunbiz ni ade la gak produknye(wlu xleh di pegang geran tanahnye),at least ada something yg diniagakan.
    BUT..
    i agree dgn ko something.MIRSB patut lebih telus memilih buyer.terangkan secara terperinci about the criteria yg wajib ada utk beli tanah maya ni.when we talk about internet,the input/knowledge terlalu luas.x pyh bg contoh org lain,aku sendri ada time2 shot pale otak.kdg2 smpi nak update laman web library pn kene pggl jin(bg tenang n mari idea)..
    Pokok pangkalnye,ape pun yg kite nak buat,kite wajib ada ilmu.ilmu ni pun bkn dpt bile g 'u' je.pglaman pn,adalah ilmu yg x akan pernah boleh di ajar kt mane2.
    right?
    salam..daa

    ReplyDelete
  18. nak kena bisnes internet apa sampai 50 k?sdgkan nak bayar bulanan keta waja pon tekentut-kentut.
    utk yang tak paham internet mmg kenalah.tapi nak xplain kat yng tak paham nie lagi payah,sbb kata diorang
    dah masuk tv ,paper dgn senyuman manis bukan nak menipu,tapi nak bantu.

    ReplyDelete
  19. Hii..
    Sebenarnya untuk pengetahuan korang semua, aku adalah antara orang yang bg deposit untuk buat landlord tu. Tapi aku bg RM 1000 je.

    2 minggu lepas aku ada tel MIRSB untuk tuntut balik wang deposit tu. Dia orang kata boleh tapi kena buat surat rasmi. Lepas tu aku sembang dengan org yang angkat telefon tu dia kata sekarang ni dah tukar management baru. Terkejut aku dengar...Puan Nora dan kakitanganya yang lain semua dah belah...pegi mana aku tak tau..masa road show dulu bukan main GM monsun tu...bekas pelakon rasanya.Bukan main janji-janji manis...Geram aku kat puan nora dan geng dia..aku tgh tgu duit aku ni...bila diaorang nak bw masuk ntah...sape tak caya boleh call MIRSB...geram aku...

    ReplyDelete
  20. thank u kerana share pengalaman dan pendapat di sini. Harapnya Seemore pun akan kecundang sebelum menarik ramai mangsa macam saudara di atas.

    Nasib baik 1000 je.

    ReplyDelete
  21. DENGAN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…BAHAWASANYA MIRSB YG BARU KE, YANG LAME KE, YG APE TAH LAGI HARAMJADAH ASALKAN DARIPADA DORANG NIE DAN PRODUK2 KEPARAT MEREKA SKRG, DIAMBANG KEMUSNAHAN APABILA OPIZ THE MALL DAH DISITA..SAME JUGAK NGAN OPIZ KAT THE MINES WATERFRONT SANE..DGR CERITE SUME PEKERJA2 MEREKA TELAH BERHENTI KERJA KERANA TIDAK DIBAYAR GAJI 2BULAN DIMANA ORG2 ATASAN SEMUA MELARIKAN DIRI,MIRSB BANGSAT NIE LINGKUP ADALAH KERANA, SI APE JADAH ZUBIR NIE TELAH MENGGUNAKAN KESEMUA DUIT YG ADA UTK MELABUR DLM BISNES BIKEN FILEM DIER YG LAGI 1, DAN TELAH MENGALAMI KERUGIAN DIMANA HABIS KESEMUA DUIT2 MEREKA…DAN DGN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…YG ENGKAO ORG SEMUA TELAH DITIPU BUTE2….BULAT2..HIDUP2…SYSYEM MEREKA TIDAK PERNAH WUJUD YG ADE ADALAH KATE2 KOSONG…OK LG 1, KORANG PERNAH TAK BERJUMPE ORG YG DAH JD JUTAWAN ATAUPUN YG JD SENANG LA, SEPERTI YG DIGEMBAR GEMBURKAN DISEBABKAN MENGGUNAKAN SYSTEM MEREKA…ADE X??? TAK ADA SORANG PUN, MALAH KESEMUA PELANGGAN YG TELAH MEMBELI HANYA MERASAKAN DIRI MEREKA ADALAH BODOH YG TELAH TERTIPU DIMANE MEMAKAI SYSTEM YG PENUH DGN ERROR RALAT BUG SANE SINI…YG KAYE ADALAH MEREKA YG BEKERJA UTK MENIPU KORANG SUME, YG KAYE ADALAH MEREKA YG BERUSAHA UTK MENIPU KORANG, MEREKA SUME NIE YG KAYE…JUTAWAN…HAHAH KESIAN BETUL AKU MELIHAT DIMANA ORG MELAYU MENJADIKAN BANGSA MELAYU SENDIRI MANGSA SEMATE2 MENGEJAR HARTA KEKAYAAN YG HARAM…LEBIH BAIK KORANG YG DAH TERTIPU, HENTIKAN KESEMUA PEMBELIAN KORANG, JGN DGR APA2 LAGI TENTANG PRODUK SIAL MIRSB NIE, APA YG KORANG SEMUA HARUS BUAT, ADALAH BERSATU, KUMPULKAN KESEMUA MEREKA YG TELAH TERTIPU, BWAT REPOT POLIS RAMAI, DGN SIDANG MEDIA, DAN SELEPAS ITU KORANG PEGI LA BWAT TINDAKAN UNDANG TERHADAP MEREKA NIE..MUSNAHKANLAH MIRSB DAN KUNCU2NYA DEMI BANGSA MELAYU… SILA HEBAHKAN KEPADA KAWAN2 ANDA SEMUA, AKU BUKAN MENGFITNAH, TETAPI INI ADALAH KENYATAAN, KENYATAAN YG HARUS DITERIMA,LGPUN, IKUT LOGIK AKAL LA, SESUATU BENDA YG BAIK DAN BAGUS KAN, XKAN LA MENDAPAT FEEDBACK YG SEBEGINI TERUK SEKALI DI INTERNET, KLAU KORANG SEARCH GOOGLE DGN KEYWORD, “MIRSB”, JENG JENG…..KORANG BOLEH TGK SENDIRI LA…..

    P/S - korang cube kire brape ramai org cine atau india yg ade beli produk dorang nie? hehehe kesian betul org melayu

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8