Monday, March 24, 2008

Dah Tak Layak Lagi...

Aduh, pada hari ini barulah saya tersedar dari mimpi yang saya ini tidaklah semuda yang disangka, dah berumur 22 tahun, tak layak lagi nak ada peluang masuk dalam list Michael, Top 30 Young Bloggers Under 21 yang telah dibuat oleh Retire@21. Retire@21 adalah website berprestij yang memberi pendekatan dan menonjolkan blogger yang terbaik dari seluruh dunia maya.

List kali ini sudah pasti berbeza dengan list sebelumnya, kenapa? Tahukah anda, salah seorang dari pembaca blog ini, pengkritik positif saya dan ahli WC300 adalah di tempat ke 18 dalam 30 yang tersenarai! Yang lain semuanya Western. Siapakah dia? Sila lihat gambar di bawah dan berikan tekaan yang betul.


Ya, tepat sekali, saudara Adly aka Labanon berjaya mendapat tempat ke 18 dalam list terbabit. Untuk pengetahuan anda, tempat pertama dalam list ini ialah budak berumut 13 tahun dan semua di dalam list adalah internet marketer yang sudah menjana beribu-ribu USD. Suatu yang menakjubkan. Namun begitu, ini juga bermakna kita berpeluang menjadi seperti beliau!

Hendak melihat list tersebut, sila klik link di bawah yang disediakan. Syabas Labanon.

2 comments:

  1. Macam mana diorang pilih.. Random ke

    ReplyDelete
  2. Saya x fikir dia pilih secara randomize, tak tau lah. Tak buat rujukan pula macam mana dia buat sesuatu pemilihan. Kena g check dekat Retire@21 lah :)

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8