Tuesday, March 11, 2008

Entrepreneur Termuda?

Web blog yang bertuah kali ini adalah milik saudara Labanon yang terkenal dengan ebook berkaitan Google Adsense seperti 101 Tips Adsense Terbongkar, website beliau yang menerima tempahan design dengan syarikat berdaftar Flamebiz serta tidak lain tidak bukan, Ezine untuk usahawan Malaysia yang para pembaca download di sini iaitu Majalah IM. Beliau telah mempunyai tiga website dan web blog berdaftar dengan Mybloglog namun buat masa ini saya tertumpu kepada YoungIM.net.

Secara kasarnya, YoungIM.net menceritakan berkenaan projek beliau yang terbaru dan tips-tips menjana kewangan di internet. Salah satu post beliau adalah 5 tips berkenaan Google Adsense.Jika ebook yang ada 101 tips boleh buat, apatah lagi setakat 5 :) Namun begitu, jangan dipandang remeh akan tips yang diberikan kerana sememangnya ia tips yang berguna bagi pengguna Google Adsense. Saya dah kena banned :(

YoungIM.net merupakan web blog berbahasa inggeris namun menggunakan bahasa-bahasa yang mudah difahami, ini bermakna ia sesuai dibaca oleh golongan lapisan masyarakat tidak kira tahap bahasa inggeris anda. Overall, its a good web blog untuk setiap yang ingin belajar dari yang veteran. Saya ni dikira newbies lagi :)

P/s : Dalam buku yang pernah saya baca, terdapat empat aras usahawan internet, rasanya Entrepreneur hanya klasifikasi untuk usahawan internet berpendapatan lingkungan USD500 000 - USD XXXXXXXXXX sebulan. Tahap tertinggi dalam semua aras. Rasanya Labanon dah ada income sebanyak itu :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8