Saturday, March 29, 2008

Fitna Suatu Fitnah!

Fitna merupakan sebuah video klip pendek 17 minit yang diterbitkan oleh seorang politician bernama Geert Wilders bagi memecah belahkan masyarakat majmuk islam dan agama lain serta memfitnah umat islam seluruh dunia. Saya sudah pun melihat video klip ini di Google dan mendapati kebanyakan ayat yang dipilih adalah sepatutnya bersangkutan, tetapi beliau potong-potong saja. Malahan, video yang diambil yang kononnya bukti keganasan umat islam juga boleh diragui, walaupun sedia maklum pengeboman Madrid adalah dari golongan extrimist dan tragedi 11 September tidak pernah berlaku.

Semalam, kerana desakan yang telah diberikan penonton dari umat islam, Liveleak telah menarik balik video tersebut dari disiarkan. Rakaman Fitna mendapat penonton seramai 3 juta penonton internet. Liveleak mendakwa mereka mendapat ugutan melalui staff yang bertugas. Wilders tetap menggunakan Liveleak sebagai medium walaupun kerajaan Belanda dan organisasi di Belanda membantah tindakan beliau. Berikut adalah kata-kata dari Pengarah Urusan Liveleak, "This is a sad day for freedom of speech on the net.... We would like to thank the thousands of people from all backgrounds and religions who gave us their support."

Malahan, stesen televisyen di Belanda bersepakat untuk tidak menerbitkan video kontroversi politicion tersebut sebagai tanda sokongan terhadap polisi ditetapkan kerajaan Belanda. Di Buletin Utama sendiri ditonjolkan umat islam seluruh dunia berang dengan tindakan Wilders dan melakukan demonstrasi aman beramai-ramai. Tun Dr Mahathir meminta umat islam seluruh dunia memboikot barangan Belanda selagi ketegangan tidak diatasi. Jurucakap EU pula lebih berlapik di mana mereka mengatakan EU mementingkan toleransi dan hormat antara satu dengan lain dalam masyarakat majmuk.

Di dalam mana-mana agama sendiri ada golongan berfahaman ekstrimis yang tidak mengikuti mainstream, ekstrimis islam mengebom Madrid (jika benar), ekstrimis Kristian adalah Templar Knight yang menyembelih seluruh penduduk bandar Palestin sewaktu Crusade tanpa mengira agama, even kristian yang menetap pun disembelih. Ekstrimis Hindu pula mencetuskan serangan di India dan Sri Langka. LTTE adalah antara ekstrimis hindu yang terkenal, mereka berjuang demi kemerdekaan dan agama.

Saya harap Wilders memohon maaf dengan kadar segera sebelum keadaan bertambah buruk. Jangan lupa, umat islam adalah 1/8 dari penduduk dunia, kalau setiap seorang ludah dekat dia pun, dia dah mati lemas!!!

Video Fitna masih disiarkan oleh Google, klik di sini untuk link. --> Fitna

4 comments:

  1. Boikot je produk diorang ni.. Pekabor tuan rumah

    ReplyDelete
  2. Betul, boikot je. Masa umat islam seluruh dunia boikot barangan Belanda dulu pun, mereka dah rugi 15 juta dollar sehari. Khabar baik, sekarang tengah bertapak di Kuala Kangsar, home sweet home :)

    ReplyDelete
  3. selain dr boiot kite kne kritik, analyse n bgkg blk argument dlm video 2...otherwise org akn pk argument dorg 2 btl...

    ReplyDelete
  4. That's true jugak. Tapi ramai yang susah nak buat argument sebab tak tahu dalil. Jadi, kena ada wujudkan ulama siber!

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8