Wednesday, March 12, 2008

Jom Jimat Taknak Rugi Bukannya Bakhil Tapi Cermat

Haha...panjang juga quotation dari web blog ini. Web blog bertuah kali ini adalah milik saudara oktant yang juga memiliki web blog tudungonline yang berdaftar dengan Mybloglog.com. Web blog yang saya review pada kali ini tidak lain tidak bukan ialah Jom Jimat!

Blog ini tidak lain tidak bukan mengajar para pembacanya berjimat cermat dalam perbelanjaan harian termasuklah runcit dan petrol. Amat menarik kerana mempunyai isi-isi dan kaedah yang unik bagaimana untuk memastikan anda ada lebihan wang pada akhir bulan. Tips untuk penjimatan petrol aje sudah mempunyai beberapa volume. Hopefully selepas ini para pembaca dapat berbelanja dengan bijak.

Sayang sekali, tidak banyak yang dapat saya review dari blog beliau kerana web blog Jom Jimat sendiri masih baru berdasarkan jumlah post yang sedikit. Mungkin saudara oktant lebih sibuk dengan tudung online berbanding web blog ini. Apa-apa pun, tidak rugi jika anda melawat sendiri Jom Jimat dan belajar berjimat sekarang!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8