Saturday, March 22, 2008

Mari Heboh Di JomHeboh!

Mari heboh di Jomheboh! Sempoi, bergaya, menarik dan kebebasan bersuara adalah terma yang baik untuk menggambarkan JomHeboh. JomHeboh adalah forum yang diasaskan oleh saudara Apis yang telah banyak menimba pengalaman dari forum-forum yang terdahulu. Jomheboh adalah forum yang asalnya diasaskan oleh dua administrator dan kini, diberi kepercayaan hanya kepada seorang sahaja.

Avatar King Garfield menjadi gambar administator yang mencerminkan sempoi dan salah satu cara mereka adalah forum ini tidak akan membuang post yang dibuat oleh mereka, melainkan jika ia terlalu offensive dan sentimen perkauman yang tinggi. Selain itu, post lah apa yang anda hendak. Suarakan pendapat anda dan tidak kurang juga, promosikan perniagaan anda.

Buat masa ini, JomHeboh membuat usaha sama dengan http://www.kabelduit.com untuk mempromosikan forum tersebut, maka tidak hairan lah anda melihat iklan web blog ini di forum JomHeboh. Saya tidak mencari tempat sebarangan untuk mengiklankan web saya, maka anda patut tahu kriteria JomHeboh yang hebat menambat hati saya.

JomHeboh bakal menjadi forum pertama di Malaysia yang memberi hadiah kepada forumers yang bertuah dalam bentuk wang ringgit namun ia masih diperingkat perbicangan. Maka, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara forumers terawal di forum ini dan mula membuat posting yang menarik. Manalah tau anda bakal dihadiahkan wang, berbaloi juga, kan?

JomHeboh adalah forum baru yang dikendali oleh moderator yang berpengalaman dan sememangnya dapat mencurahkan ilmu yang bermanfaat kepada forumers yang ada. Ia baru sahaja beberapa hari tetapi telah mempunyai pengunjung yang ramai dan bilangan ahli yang semakin meningkat. Jadi, apa tunggu lagi? Lawati JomHeboh sekarang dan hebohkan diri anda!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8