Thursday, March 20, 2008

Melabur Secara Percuma Melalui E-gold


E-gold bukanlah perkara lama yang baru anda ketahui melainkan anda bukanlah seorang usahawan internet atau tidak berminat langsung untuk menjana kewangan melalui internet. Selai dari dua kategori ini, anda sememangnya patut tahu tentang e-gold dan mungkin anda mempunyai paling kurang satu akaun e-gold.

Tahukah anda terdapat trend menjual akaun e-gold kepada orang lain dan bakal mendapat keuntungan bersih 100% tanpa sebarang modal? Bagaimana mereka melakukannya, jawapannya sudah tentu menjual nombor akaun e-gold itu sendiri. Terdapat sebahagian pembeli dan usahawan di internet inginkan keunikan di dalam akaun e-gold mereka dan inilah golongan target anda. Jika anda mempunyai nombor akaun e-gold seperti 9999, apa kata anda cuba menjualnya di internet!

Secara purata, penjualan setiap nombor bermula serendah USD5.00 hingga beratus-ratus USD, bergantung kepada keunikan nombor berkenaan dan sudah tentu kegilaan pembeli yang rela membida dengan harga yang tinggi. Nombor akaun e-gold adalah secara rambang, ini bermakna anda mungkin bernasib baik dan mungkin juga tidak. Bagaimana mereka melakukan semua ini?

Kebanyakan penjual nombor akaun e-gold mempunyai paling kurang 10 akaun, yang paling tinggi saya ketahui ialah 1500 nombor akaun. Ini bermakna penat juga nak register 1500 kali. Ia sememangnya membazirkan masa tetapi mungkin bukan bebanan jika melakukannya perlahan-lahan. Jangan lump sum, penat. Nombor e-gold yang biasanya laku terdiri daripada dua, ancient dan palindrome.

Ancient adalah nombor e-gold lama yang hanya dimiliki oleh orang yang menggunakan e-gold sewaktu pelancarannya dahulu. Ia amat sukar didapati kerana ramai yang tidak sanggup menjual nombor e-gold first edition ini. Harganya agak tinggi, ada yang boleh mencecah USD100.00! Palindrome pula adalah nombor canteek, sebagai contoh 128128128, atau 1411141. Nombor ini juga laku di pasaran tetapi biasanya harganya tidak semahal ancient.

Ingin menjadi penjual nombor akaun e-gold? Jangan lupa membaca terma dan syarat mereka dahulu supaya anda tidak susah kemudian dan selamat berniaga!

P/s: Kalo nombor akaun e-gold anda, 88888, pasti ada cina yang nak beli :) Kaya!

2 comments:

  1. aku nak tanya ni..kat mane kita nak jual akaun egold ni?? leh citer tak??

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, penjualan akaun e-gold nie dikira black market jugak sebab kalo pihak e-gold tau, it might not end up well. Biasanya dijual melalui forum dan chatting room. Takde lagi dalam pengetahuan saya official website. Nak jual kat web blog ni pun boleh, letak je kat comment :)

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8