Monday, March 17, 2008

Menang Membeli, Mati Memakai.

Menang membeli, mati memakai. Itulah yang lebih sinonim, bukan setakat alah memakai. Anda bakal meninggal dunia memikirkannya. Jangan peningkan kepala anda dengan menjauhi web hosting yang telah dikategorikan teruk, dari Malaysia. Memang memalukan. Web hosting apa yang saya maksudkan? Jauhi CGYHost selagi boleh. Jangan berpijak pun dekat laman rumah diorang. Pandang pun tidak perlu. Ini untuk kebaikan anda semua.

Banyak forum yang berkaitan menjana kewangan dan usahawan internet memulaukan CGYHost kerana ramai yang telah mengalami pengalaman ngeri dengan web host ini. Saya sekali lagi memberi nasihat kepada sesiapa yang ingin membeli web hosting yang murah, jangan tertipu dengan harga. Anda bakal membayar lebih untuk perkara ini. Jangan terlalu kedekut untuk melabur di dalam internet.

Bagaimana janji manis ditabur? Dengan slogan ingin menjadi penyelia hosting bertaraf dunia, mereka akan menarik anda untuk membaca apa yang mereka tawarkan. Lebih-lebih lagi webpage nya dalam bahasa melayu. Jaminan wang kembali 99.9%, bukan 100%. Ini bermakna anda ada peluang untuk tidak mendapat semula wang anda.

Tawaran data hosting hanya Rm30, web hosting paling rendah untuk Linux hanya Rm50.00 dan Windows ialah Rm60 dengan keupayaan bandwich etc yang sememangnya too good to be true. Pakej yang lain untuk professional juga sangat murah, sememangnya rambang mata kepada anda. Tetapi, jangan tertipu, anda bakal menghadapi masalah.

Berikut adalah quotation dari forum wangcyber.com,

"Salam semua...

Sekiranya ada yang masih percaya dan nak berurusan dengan CGY anda mungkin akan mengalami semua nih..

Kerugian yang besar,
Domain yang mungkin takkan dapat balik,
Hosting paling teruk di Malaysia,
Support paling hampeh dan menyakitkan hati,
Kena main gitu ajerrr... senang cakap hangpa bakal kena TIPU..

serik yang amat sangat berurusan dengan CGY...

so pada yang baru nak dapatkan hosting atau domain aku nasihatkan hindari CGY walaupun pada awalnya memang dia punya ayat memang manis tapi once dia dah bulih duit hangpa servis kemana support kemana... terkontang kantinglah hangpa semua...

Takper, bayar lebih sket cari yg lain asal tak susah dikemudian hari...

Hindari CGY... %#$&@"


Saranan saya, jauhi dengan segera CGYHost. Mereka memang semestinya terpaksa membuat rebranding selepas ini kerana servis yang tersangat teruk. Lagipun, masih terdapat lebih banyak web hosting di luar sana yang berkemampuan. Antaranya ialah:


Mereka lebih reliable dan saya berani kerat bawang sebagai bukti :) . Buat pilihan yang bijak, bisnes internet adalah bisnes yang patut diberi pelaburan sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8