Monday, March 31, 2008

Online Masih Perlukan Offline

Jika kita buka sahaja sebahagian besar websales, terutamanya yang berbahasa melayu, biasanya mereka akan tertinggal suatu elemen yang agak penting dan juga dapat memberi keuntungan berganda bagi sesuatu jualan, iaitu elemen offline. Apakah bentuk elemen offline yang saya maksudkan? Saya bukanlah seorang pakar dalam perniagaan internet, tidak layak untuk mengajar tetapi inilah tips yang saya gunakan untuk mengaut sedikit untung iaitu perniagaan online yang ditutup suisnya.

Contoh termudah adalah menjual e-book secara offline dengan cara yang agak payah tetapi tetap memberi keuntungan. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bisnes online yang di offline kan oleh saya. Saya mulakan bisnes ini di bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan, pada awal tahun ini. Di situ ialah kubu kuat Labanon. (Labanon tinggal di Pengkalan Chepa rupanya...) E-book yang saya jual adalah berkaitan perniagaan berasaskan internet yang saya dapat di internet bertajuk, Tidak Perlu Kerja.

Sebenarnya, agak susah untuk menjual e-book ini tanpa tapak yang tampak kukuh. Jadi, perkara pertama yang saya lakukan, yang juga merupakan elemen penting dalam sesuatu perniagaan offline adalah alamat surat menyurat. Saya menyewa peti surat persendirian untuk menonjolkan nilai specialist di dalam kerja saya. Yurannya murah, hanya Rm80 setahun.
(Rm50 dipulangkan selepas kunci diberikan.)


Pada mulanya saya bertanya tentang peti surat berkunci, rupanya ia agak mahal dan sukar untuk mengambil surat, malahan, saya sendiri perlu sediakan karung. Susah tu...kemudian saya iklankan e-book ini secara online dan offline. Saya tidak mampu mengupah orang menyedarkan flyer jadi saya edarkan sendiri dari motor ke motor, serta letakkan di mesin ATM. Tidak sampai sehari, semuanya habis diedar dan diambil, tidak dibuang.

Rata-rata yang berminat membeli adalah golongan muda, feedback yang saya dapat sangat menguntungkan. Saya mendapat keuntungan semasa itu lebih dari 1000%, cukup untuk saya. Masa tu balik aje rumah dah pakai kereta walaupun second hand tetapi berbaloi. Pokoknya di sini, untuk mengukuhkan perniagaan online, saya sarankan para pembaca tekankan kepada offline juga.

Kaedah termudah ialah sewa peti surat persendirian, edar flyer dan iklankan di internet, rajin ke pejabat pos, dan berikan feedback yang baik. Reka flyer yang hebat dan para pembaca mampu lakukannya juga.

P/s : E-book Tidak Perlu Kerja sudah tamat dijual di website mereka tetapi anda masih boleh dapatkan dengan saya dengan hanya Rm20 :) email saya di russia_agent2@yahoo.com untuk membeli.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8