Friday, March 21, 2008

PCMCIA atau USB?

Saya yakin kebanyakan para pembaca web blog ini merupakan para belia yang samada sudah bekerja atau masih belajar dan rata-rata mempunyai komputer riba bagi membantu meringankan bebanan tugas dan kerja-kerja serta sebagai medium bersantai. Pada post kali ini, saya berminat untuk memberi pendekatan berkenaan TV dalam laptop, khas untuk pengguna laptop.

Berapa ramai di antara para pembaca yang berlaptop menonton televisyen di dalamnya? Mungkin ia bukanlah suatu perkara yang asing bagi pengguna desktop tetapi bagi pengguna laptop, ia masih lagi perkara yang tidak begitu meluas. Jika anda masih menonton rancangan di televisyen sebijik yang memang berat tu, saya ingin beri pandangan.

Yang manakah lebih releven, menggunakan PCMCIA atau USB sebagai TV tuner anda? Bagi saya, saya lebih gemar menggunakan USB, malahan sekarang saya dapat menonton televisyen di mana saja dengan laptop saya. Mengapa saya berkata demikian? Mudah saja, pada pandangan saya, inilah kelebihan USB
1. Mudah digunakan sebab banyak slot USB
2. Kecil dan mudah dibawa
3. Ringan

PCMCIA pula agak sukar digunakan kerana hanya terdapat satu slot PCMCIA, jika slot itu rosak maka TV tuner anda tidak berguna lagi. Lagipun anda perlu mencabut kad PCMCIA tersebut jika hendak menyimpan laptop, maka cabut dan pasang dengan kekerapan yang tinggi tidak sesuai untuk PCMCIA dan boleh rosakkan laptop anda. Ia juga fragile, mudah patah dan kurang menerima hentakan.

Jadi, yang mana satu lebih sesuai? Saya memilih TV Tuner USB berbanding PCMCIA :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8