Wednesday, March 5, 2008

Pengiklanan Di Dunia Setan!

Web blog yang bertuah pada hari ini adalah http://duniasetan.blogspot.com. Sememangnya namanya sendiri agak memberi sedikit kelainan tetapi juga membawa kepada sifat ingin tahu anda untuk mengenali web blog ini dan melawatnya. Agak brutal untuk sebuah web blog, bukan? Web blog ini dipunyai oleh saudara Framestone yang juga mempunyai dua lagi web blog yang lain.

Jadi, apa kelebihan web blog ini? duniasetan.blogspot merupakan web blog baru yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas dengan bilangan trafik yang semakin meningkat kerana ciri-ciri utama duniasetan tidak lain tidak bukan adalah pengiklanan! Ya, pengiklanan dan bukannya black metal etc. Buat masa ini masih banyak kosong di dalam web blog ini dan hanya beberapa iklan yang dipaparkan termasuklah perniagaan terkenal yang terpapar di mesin atm, Mymode.

Apabila anda mula melawati web blog ini, anda akan disambut dengan banner bunga matahari. Bunga matahari? Hehe...itu lah, unik jugak sebab namanya brutal tetapi awal-awal disambut dengan bunga matahari. Teori saya mungkin web blog ini masih di dalam renovation memandangkan saudara Framestone juga pereka web dan membuka perkhidmatan mereka website untuk anda!

Tidak semua bahagian di dalam duniasetan.blogspot dipenuhi dengan pengiklanan, anda juga dapat membaca post yang diberikan yang buat masa ini terdiri dari video-video yang menarik. Ya lah, sekurang-kurangnya anda tidak kebosanan dengan hanya iklan keliling pinggang. Saya tidak pasti samada pengiklanan di sini berbayar atau tak, maka lebih baik anda lawat dan periksa, manalah tau ianya percuma. Boleh menguntungkan anda pada masa yang sama.

Apa-apa pun, tahniah saudara Framestone atas web blog yang baik. :)

2 comments:

  1. terima kasih kerana membuat review mengenai duniasetan.. blog nie sebenarnya bertujuan berkongsi artikel or isu yang panas kepada dunia...disamping disediakan picture comment yang agak menarik.. sekiranya berminat untuk mengiklan di sini.. sila hubungi tuan rumah.. buat masa sekarang iklan adalah percuma

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas maklumat yang diberikan. :)

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8