Monday, March 10, 2008

Rasanya Dia Nie Budak Kereta

Adakah anda salah seorang daripada ahli kelab kereta Malaysia? Well, blog kali ini sebenarnya tiada kaitan sangat dengan kelab kereta di Malaysia tetapi sekurang-kurangnya pencipta blog ini iaitu saudara deskcom_02 sememangnya salah seorang dari mereka dengan kereta Proton Saga putihnya.

Jika anda melihat blog beliau, ia berbentuk pelbagai. Tidak tertumpu pada mana-mana topik yang khusus, buktinya, ini merupakan taburan post beliau.
- Internet Download Manager
- Keputusan Pilihan Raya umun ke 12
- Tuan Guru
- SourceForge.net

Tiada taburan khusus, ini bermakna bagi saya blog ini juga berbentuk peribadi dan terbuka, bukan pengkhususan.

Namun begitu, antara ciri-ciri yang saya minat di dalam blog ini adalah Ruangan Sumber Terbuka. Apakah Ruangan Sumber Terbuka? Sefaham saya, Ruangan Sumber Terbuka ialah ruangan yang mana anda boleh email kepada beliau post dan beliau akan posting post yang telah anda email. Tidak kira lah samada berbentuk peribadi, pengiklanan, pendapat dan sebagainya. Yang terpenting, ia adalah percuma!

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan blog beliau, lawati DeSKCoM's World dan berilah sendiri pandangan anda. Saya rasa macam hendak mengambil idea beliau berkenaan Ruangan Sumber Terbuka, bagus juga :)

P/s : Saya ada keygen untuk IDM 5.11, sesiapa nak boleh aje diberikan :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8