Friday, March 28, 2008

Sapalah Yang Lantik Pengurus Bank Nie...

(Ingat Diorang Xde Bank Ke?)
Kekadang terfikir juga masa saya awal-awal bersungguh-sungguh sangat mencari cara menambah kewangan di internet sehingga tertipu dengan sindiket mengumpul data yang lebih dikenali sebagai Wang Afrika. Kenapa namanya wang afrika? Sebab kebanyakan nama yang digunakan nama-nama orang Afrika macam Mogobja, Nanto Boro, Noxin dan pelbagai lagi.

Wang Afrika akan hantar email kepada mangsa seperti saya dan memberitahu macam-macam termasuk ada orang kaya mati kemalangan kapal terbang terhempas dan mempunyai duit yang banyak. Jadi, pengurus bank di Afrika minta jasa baik kita simpankan dulu duit tu dalam bank kita. So, dia mintaklah our butiran. Siapa lah yang nak lantik pengurus bank macam ni. Ingat dekat Afrika takde bank besar ke?

Afrika antara negara G13 yang semakin aktif di bidang ekonomi, berlian dan juga pelancongan. Jadi, mustahil takde bank besar, contohnya Bank of Africa, Native's Bank of Commerce dan sebagainya. Dioranga maju jugak, cuma besar sangat je. That;s why sindiket Wang Afrika ni dah makin tidak dipercayai ramai orang namun mereka tampil dengan taktik baru.

Menang cabutan bertuah, nombor email bertuah, loteri dari pelbagai syarikat dan ada yang kata ini trust fund dari moyang dahulu yang tinggal di Africa. Moyang saya tinggal di Perak, maaflah. Jangan percaya dan kempen supaya jangan bagi orang lain percaya jugak. Kesian nanti dapat banyak spam mail, just like me. Nak kaya ada banyak cara, tapi bukan melalui sindiket.

P/s : Kalaulah betul-betul dapat duit, kan best...

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8