Sunday, March 16, 2008

Scalper, Apa Maksudnya Dalam Bahasa Melayu?

Tentu ramai yang mengetahui tentang pekerjaan scalper tetapi apa maksudnya secara khusus dalam bahasa melayu, ye? Saya sendiri tidak tahu dan tidak berasa ingin mencarinya di dalam kamus kerana sekarang saya di kawasan wireless network, menaip dari laptop usang Latitude D600 yang masih boleh main game Need For Speed Prostreet.

Scalper dalam erti kata lain adalah orang yang membeli sesuatu barangan dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi. Ini adalah definisi saya, bukannya definisi kamus mana-mana. Kebiasaanya scalper terdiri dari golongan yang sanggup menghabiskan masa dan wang untuk mencari produk-produk yang bernilai tinggi. Mereka memandang nilai harga barangan tersebut di masa akan datang. Sebagai contohnya sanggup beratur membeli PS3 sewaktu pengeluaran di first edition atau limited edition dan menjualnya semula dengan harga yang tinggi.

Saya meletakkan scalper kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis barangan yang disimpan untuk dijual semula. Mereka adalah
1. Scalper terhad
2. Scalper tidak terhad
3. Scalper stok market

Scalper terhad adalah scalper yang membeli barangan-barangan limited edition atau first edition dan menjualnya semula dengan harga yang tinggi, biasanya di pusat lelongan realiti dan maya, atau melalui orang persendirian. Saya adalah salah seorang scalper terhad. Saya membeli stok kad Magic The Gathering dan menjual kad-kad rare dengan harga yang tinggi. Kad paling tinggi yang pernah saya jual adalah Living Tornado jika saya tidak salah, kad mountain, type creature, kad berkilat berharga Rm50.00 sekeping.

Scalper tidak terhad adalah scalper yang membeli barangan-barangan tidak limited edition atau first edition dan menjualnya semula dengan harga yang tinggi. Mereka biasanya mendapat barangan tersebut secara terus di kilang atau melalui orang perseorangan yang dapat menawarkan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Saya juga adalah scalper tidak terhad. Saya menjual 60 keping kad Magic The Gathering dengan harga hanya Rm50 termasuk satu rare kad yang mana para pelanggan dapat memilih jenis, ratio creature, sorcery, instant dan sebagainya. Ini lebih murah berbanding kad pakej dari Magic The Gathering yang mempunyai 60 kad tanpa mengetahui isi berharga Rm59.90.

Scalper stok market adalah yang paling susah di kalangan tiga-tiga jenis scalper. Mereka memerlukan maklumat dan ilmu yang cukup mengenai stok market sebelum membeli sebagai scalper. Kebiasaanya scalper stok market mempunyai bantuan luar dan dalam untuk mengetahui stok yang bakal untung. Saya bukan seorang scalper stok market. Scalper stok market mempunyai pelanggan yang terhad yang biasanya terdiri daripada golongan broker.

Jadi, adakah anda seorang scalper? Menjadi scalper dan jual barangan anda di ebay, lelong.com.my, mudah.com.my dan auctionads dapat menjana kewangan. Nilai semasa yang direkodkan Google untuk jualan scalper tahun lepas berjumlah USD100 juta!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8