Friday, March 14, 2008

Selama Mana Mampu Bertahan?

Dalam perbincangan mengenai bagaimana menjana kewangan, ramai yang terfikir cara yang cepat, lambat, berkesan atau sekadar jangkamasa pendek. Dalam perbincangan di warung kopi inilah juga perkataan yang tidak mungkin kita lepas, sangat sinonim dengan dunia perniagaan adalah program MLM Direct Selling. Ha...mesti dalam kepala anda dah terbayang macam-macam jenama, program yang menjanjikan wang besar seperti tuuuuut (sensor).

Jadi, sudah tentu ada diantara rakan-rakan taulan, kawan karib, saudara mara yang mengikuti program seperti ini. Apa yang perlu, mula-mula bayar sejumlah wang sebagai pendaftaran dan mendapat barangan. Kedua, pasarkan barangan tersebut pada orang lain dan pastikan orang lain buat macam anda buat. Ketiga, teruskan membantu orang lain di bawah anda membuat apa yang anda telah buat. Keempat, dapat komisen atau bonus untuk apa yang anda buat dan orang lain bawah anda buat. Pening...tapi konsepnya mudah iaitu iklan mulut.

Masalahnya, bertahan lama kah perniagaan sebegini? Kita bukanlah orang di atas tetapi orang di bawah orang yang mencari orang supaya kita naik ke atas dan seterusnya dan seterusnya. Wajarkah masa yang diberikan digadaikan dengan masa yang berharga itu? Ramai rakan saya berhenti belajar, bak di sekolah atau universiti untuk mencari seramai mungkin downline. Mereka makin bersemangat apabila mendapat cek bulanan.

Cek bulanan tidak sedikit, saya jamin. Salah seorang rakan saya telah membeli BMW putih, yang lain membeli Toyota Celica Hitam, ada yang beli Perdana dan ada yang beli Mitsubishi Evolution. Second hand atau tidak adalah perkara kedua. Pernahkah anda terfikir mengapa mereka membeli kereta besar? Itulah investment bagi menarik lebih ramai pelanggan. Jumlah hutang tidak diketahui asalkan nampak bergaya.

Lagipun, semakin ramai yang tidak mahu mendekati golongan bisnes iklan mulut ini kerana ada yang mengatakan mereka berkawan tidak ikhlas, semata-mata untuk mencari downline. Selepsa belanja makan, mula closing dan bermula saat itu, ramai yang menutup telinga. Bila dah dapat bayaran penuh, mula menghilang dan hanya kembali untuk bertanya kenapa tidak aktif? Berapa ramai downline dapat etc. Rata-rata berpendapat mereka berkawan kerana duit.

Remaja memang berdarah panas, inginkan semuanya dan ingin banyak duit. Inilah faktor yang mendorong pasaran seperti ini untuk terus berkembang. Saya tidak membantah mencari yang dengan cara ini, tetapi diharapkan berikan masa yang sesuai. Jangan gadaikan masa depan anda kerana cek yang anda lihat sekarang kerana selama mana anda hendak mencari downline dan membantu downline anda? Fikirkan...

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8