Monday, March 10, 2008

Showroom Percuma Untuk Barangan Anda!

Showroom merupakan salah satu daripada cara mempromosi barangan yang biasa dilakukan di dunia realiti, namun tahukah anda bahawa sekarang anda dapat menempah showroom secara percuma di alam maya? Apa yang anda perlukan hanyalah gambar produk anda dan description produk anda.

Get8now.com merupakan website yang bertujuan untuk mempromosikan barangan anda secara percuma menggunakan kaedah showroom. Get8now menawarkan empat kategori pengiklanan yang mana anda juga boleh menjual kereta dan tanah di sini! Memandangkan nilai mata wang yang ditulis adalah dalam RM, ini berkemungkinan merupakan website Malaysian.

Satu-satunya kelemahan Get8now yang saya kira kelemahan terbesar di dalam Get8now ialah kaedah untuk post iklan anda. Bayangkan, ia tidak menyediakan form etc tetapi anda perlu email gambar dan description kepada pihak Get8now secara manually. Aduh, ini bermakna untuk iklan kepada mereka, anda perlu log in ke email anda dulu dan compose kepada mereka sambil membuat attachment yang amat lama untuk ditunggu.

Owh ya, sebelum terlupa. Mereka juga ada menyediakan ruangan Wanted yang mana anda boleh membuat permohonan untuk apa-apa barangan yang anda ingin cari. Bagi saya, ini adalah website pengiklanan yang baik, cuma bahagian nak posting tu je yang lemah.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8