Tuesday, March 11, 2008

Suara Melayu Sudah Berpecah

Post kali ini bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan menjana kewangan tetapi lebih kepada apa yang sedang saya rasa dan fikirkan. Pilihan raya kali ini sangat-sangat menakutkan saya dalam erti kata lain. Maafkan saya kepada non malay yang membaca posting ini dan maafkan saya jika posting kali ini lebih berbau perkauman. Saya tidak takut dengan BN tidak menang majoriti atau apa sahaja tetapi dalam pilihan raya kali ini, sesuatu telah ditunjukkan iaitu kaum lain telah bersatu.

Mengapa saya berkata demikian? Pada tahun ini, DAP telah menunjukkan kemenangan yang teramat besar berbanding kerusi yang dimenangi PAS dan PKR. Ini menunjukkan kaum india dan cina sedang bersatu untuk membawa Malaysia ke tikar yang lain. Bayangkan, di pihak melayu sendiri, kita terbahagi kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR. Lets do the math!

Jika orang melayu seramai 300 000, india seramai 100 000 dan cina seramai 100 000, jika melayu sahaja sudah ada tiga parti, ini bermakna 300 000 perlu dibahagi 3 yang bermaksud suara kita semakin kecil dan menyusut. Bayangkan, india 100 000 bergabung dengan cina 100 000 cukup untuk menewaskan suara melayu.

Mendengar apa yang dikatakan menteri besar Pulau Pinang cukup menakutkan, beliau menjanjikan Rm6000.00 itu setelah Malaysia ditadbir dan wang itu menggunakan dana dari Petronas! Aduh, selama ini Petronas menyimpan dana untuk digunakan sewaktu Malaysia kepupusan sumber minyak dan gas asli dan jika ini berjaya, DAP akan menggunakan dana yang telah disimpan hanya untuk melangsaikan manefesto mereka dengan mudah. Malahan DEB akan dimansuhkan dan akan berlaku tender terbuka. Kita sendiri sedia maklum siapa yang akan mendapat keuntungan dari semua ini.

Saya berharap suatu hari nanti orang melayu akan sedar senario yang sedang berlaku sekarang dan akhirnya bersatu membentuk kerajaan yang bersih dan stabil supaya hak melayu terus terbela.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8