Thursday, March 20, 2008

Tengok, Walaupun Dengan Kanta Pembesar

Sekarang ini sangat banyak bisnes berasaskan sms atau handphone dan kebanyakannya telah mula menyerlah di pasaran semasa bermula di majalah, surat khabar dan sekarang telah masuk ke kaca televisyen. Perkhidmatan yang ditawarkan juga ada kalangan menarik minat terutama di kalangan remaja, pengguna telefon bimbit paling ramai di Malaysia.

Tiada kira lah samada anda hendak bid menggunakan sms yang menonjolkan pemenang bid yang sama bagi setiap bulan, atau hendak muat turun gambar dan lagu yang sama harga dengan nasi ayam, atau melihat cinta anda menjadi atau tidak menggunakan mesin yang tiada hati, atau membaca cerita hantu yang menyebabkan anda tidak tidur malam kerana rugi kena topup lagi, yang paling penting konsepnya di sini adalah subscribe. Telefon bimbit anda subscribe perkhidmatan mereka.

Ramai tertanya, kenapa lah terms dan condition dia kecil? Senang sahaja, ia adalah supaya menjimatkan ruang dan anda tidak sedar bayaran yang dikenakan dan bagaimana hendak off. Di manakan terma dan syarat dan cara nak off, ia berada di dalam kotak merah seperti rujukan di atas. Terlalu kecil, malahan sukar hendak dibaca dengan mata kasar.

Ramai rakan saya yang tertipu tetapi tidak tahu bagaimana nak off selepas on. Bayangkan, Rm4 satu sms, 4 sms setiap minggu. Ini bermakna anda perlu topup Rm64 sebulan hanya untuk melanggan apa yang anda boleh dapat tanpa sebarang langganan. Bukanlah hendak menutup periuk nasi sesiapa tetapi berbaloikah?

Nasihat saya kepada para pembaca adalah membaca terma di bawah dengan baik sebelum membuat sebarang muat turun. Tak kisah kena ulang iklan yang sama berkali-kali, asalkan anda dapat elakkan diri dari menerima kerugian, lebih besar dari sekadar bunyi bayi menangis.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8