Saturday, March 22, 2008

Website Bola Sepak Dalam Bahasa Melayu

Kebiasaanya, kita akan ke website berbahasa inggeris untuk mengetahui tentang dunia bola sepak yang semakin meluas ini. Namun begitu, kadang-kala berlaku kesukaran dalam menterjemahkan maksud yang sebenar sehinggakan kita tersasar dari landasan maksud, terutama jika kita kekurangan vocabulary. Namun, kini, kita sudah ada yang original. Saya memperkenalkan kepada pembaca, Dunia Bolasepak!

Dunia Bolasepak adalah web blog yang dimilik oleh saudara koreen78 yang merupakan peminat Real Madrid. Ruangan di blog beliau sangat professional dengan warna background hitam dan tulisan yang terang supaya pembaca mudah membaca. Terdapat beberapa dekorasi yang tidak banyak supaya mutu post tidak terjejas dan pembaca tidak terganggu dan berserabut akibat design yang melulu.

Isi blog ini di update selalu, dan setiap update adalah berkaitan event yang bakal berlaku, sebagai contoh, pertembungan di antara Titan's di dalam arena bola sepak, beserta maklumat, kesebelasan utama yang mungkin diturukan, lokasi permainan dan juga waktu permainan. Terdapat juga beberapa screenshot's live dan gambar pemain yang ditangkap di sudut yang cantik.

Keunikan Dunia Bolasepak adalah tumpuannya dalam Liga Perdana, inilah yang menjadi antara nadi dan tulang belakang Dunia Bolasepak. Maklumat lengkap disediakan supaya dunia bolasepak negara juga tidak ketinggalan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Saya yang tidak begitu meminati bola sepak pun teruja dengan blog beliau, anda, bagaimana?

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8