Tuesday, April 1, 2008

8 Syarikat Yang Bayar Anda Untuk Menulis

Di internet terdapat banyak syarikat yang bayar anda untuk menulis artikel, iklan dan juga cerita. Jadi, hari ini saya hendak dedahkan kepada para pembaca 8 syarikat, selain ReviewMe dan PayPerPost dan Triond yang akan membayar anda untuk apa yang anda hendak tulis. Saya sudah sediakan link untuk membantu para pembaca. Perkara yang perlu diingatkan ialah anda perlu memiliki akaun Google Adsense sebelum menyertai mereka untuk lebih banyak keuntungan. Ala, mudah saja. Klik di sini untuk join Google Adsense.

1. Storymash
Storymash adalam amat berbeza dari syarikat yang biasa. Ia masih baru tetapi dilihat sangat berpotensi untuk menyerlah. Seperti namanya, Storymash adalah berkaitan membuat cerita. Anda mulakan sebuah bab dan orang lain akan menyambungnya atau anda menyambung bab orang lain. Anda perlukan akaun Google Adsense untuk mendapat untung darinya iaitu 50% dari hasil keuntungan yang anda terima.
2. Xomba
Anda perlu menulis Xombytes dan akan dibayar untuk itu melalui pengiklanan yang diadakan di artikel atau blog anda. Seperti Storymash, anda perlu memiliki Google Adsense dan akan dibayar 50% dari hasil keuntungan yang anda terima.

3. Review Party
Seperti Xomba dan Storymash, anda perlukan akaun Google Adsense untuk sertai Review Party. Di Review Party, anda akan membuat review berkenaan movie yang anda tengok, lagu yang anda telah dengar atau barangan yang anda gunakan. Bayaran sama seperti yang lain, 50% keuntungan yang anda dapat.

4. Daytipper
Ada tips yang menarik yang mungkin ramai hendak tahu? Daytipper membayar anda USD1.00 untuk setiap tips yang diterima Daytipper. Berkongsi dengan sesiapa yang hendak tahu apa yang anda tahu.
5. CREAMaid
Berbeza dengan di atas, CREAMaid membayar anda untuk bersembang dengan blogger lain dari merata pelusuk dunia, membincangkan berkenaan sesuatu. Saya sendiri tidak pasti bayaran yang diberikan tetapi tidak salah mencuba, betul x? Sekarang CREAMaid di peringkat beta.

6. LetterRep
LetterRep adalah tempat anda yang gemar menulis surat rasmi. Anda boleh submit surat yang anda telah taip atau hendak anda taip kepada LetterRep dan mereka akan cari pembeli. Biasanya syarikat-syarikat akan membeli surat rasmi anda untuk melariskan jualan mereka. Lebih baik anda belajar dahulu bagaimana menulis surat versi British dan US.

7. ReviewStream
Sama seperti PPP dan ReviewMe, ReviewStream membayar anda untuk review sebarang produk yang disasarkan. Anda akan dibayar bermula dari USD2.00 dan mungkin meningkat bergantung kepada isi review anda. Malahan anda dibayar USD0.10 untuk setiap komen atau sokongan terhadap review anda.

8. Feedthevillage
Hampir sama seperti forum berbayar, anda dibayar untuk bersembang, membaca artikel, memberikan pandangan yang bernas serta menceritakan pengalaman hidup anda. Saya juga tidak pasti berapa bayaran yang dibuat kepada anda, mungkin lebih baik anda periksa kemudian.

Yang pasti, semua program ini menjana kewangan. Jadi, jika anda rajin, anda bakal mendapat income kedua yang seperti hujan!

P/s : Saya dah di blacklist Google Adsense, x boleh nak sertai top 3 :(

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8