Monday, April 21, 2008

Altenatif Mengecilkan Gambar

Pernahkah para pembaca berdepan dengan situasi tidak boleh mengecilkan gambar walaupun menggunakan picture editor untuk compressed? Sebagai contoh, jika saya tidak compress menggunakan teknik altenatif, setiap papan iklan saiz 125x125 di sebelah adalah sebesar 599kb.

Kaedahnya mudah, tanpa sebarang software tambahan, semuanya ada di dalam accessories komputer para pembaca (Windows sahaja). Kaedahnya ialah menggunakan asas software segala asas, iaitu paint. Ya, paint, jangan terkejut :) Paint sebenarnya boleh juga digunakan untuk mengurangkan saiz gambar para pembaca supaya ia sangat rendah dan mudah upload.

Klik kanan gambar pilihan pembaca dah di bar tersebut pilih open with paint. Selepas itu paparan paint akan keluar termasuk gambar tadi. Kemudian, klik fail dan klik save. Sekarang saiz gambar terbabit akan jatuh menjunam. Contohnya papan iklan di sebelah dari 599kb kepada 25kb sahaja. Ini altenatif, boleh saja jika mahu mencuba :)

P/s : Sesuai untuk sesiapa yang nak upload jika gunakan dial-up connection seperti saya.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8