Wednesday, April 2, 2008

Antara Dua Dunia...

Sudahkah para pembaca melawat blog saudara afiq di intelligi.afiqme.com? Bagaimana pula dengan blog kedua beliau, blog afiqme.com? Post kali ini bukanlah bersandar kepada pertandingan menang RM100 untuk tempat pertama seperti yang dianjurkan beliau, tetapi memandangkan beliau inginkan review, apa salahnya. Manalah tau jika saya menang :) Jika tidak sekali pun, ia menjadi sebuah lagi post yang boleh para pembaca tatapi sambil minum kopi atau makan biskut.
Antara dua dunia, itulah yang terbaik untuk menggambarkan dua blog, satu penulis, berbeza segala karektor termasuk cara penyampaian. Intelligi adalah blog yang lebih berunsur islamic atau lebih tepat spiritual. Jika para pembaca amati, banyak post di blog lebih tertumpu kepada perkara berkaitan agama seperti penayangan filem Fitna, penemuan bangkai kapal Nabi Nuh a.s, berkenaan Akademi Fantasia 6 dan sebagainya. Mungkin sedikit unsur berkaitan politik dan pendapat tetapi that's what blog is, betul x?

Blog kedua di Afiqme.com akan mengubah secara terus persepsi anda berkaitan Afiq. Ia blog yang berwarna hitam, berkenaan muzik yang mungkin keras dan garau bagi sesetengah pihak dan ada juga yang menyukainya. Seriously, saya dengar juga lagu-lagu dari Cradle of Filth dan Therion, tidak salah pada music tapi jangan terpengaruh pada lirik. Jangan risau, Afiq tidaklah seperti itu. Beliau cuma minat pada music, bermain gitar dan mengarang lagu. Sekarang ini di post Afiqme, beliau hendak menjual studio jamming dengan harga Rm15000.

Jadi, bagaimana untuk memastikan persepsi anda terhadap Afiqme tidak salah? Mudah saja. Mula-mula anda buka dulu web blog Afiqme.com kemudian baru anda buka web blog intelligi.afiqme.com. supaya segelintir yang berfikiran ortodox (bukan para pembaca) akan fikir dari hitam ke putih, buruk ke baik, entertainment ke spiritual. Apa-apa pun, dua-dua blog dapat anugerah dari Blogger, nice one.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lupa berkunjung ke http://www.afiqme.com dan http://intelligi.afiqme.com sekarang!

P/s : Berdasarkan nama domain, afiqme.com dibuat dulu sebelum intelligi. Maka, mungkin teori hitam ke putih dapat dipakai :) Sekadar pendapat peribadi...

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8