Sunday, April 13, 2008

Antara Meggi & Masak Manually


Para pembaca sekalian, rasanya mana lagi sedap, meggi kari atau masakan kari di kedai-kedai atau yang dimasak oleh ibu kita? Sudah pasti jawapannya masakan kari, meggi hanyalah pilihan terakhir jika kita duduk di asrama, hostel, rumah sewa atau memang dah kering pada masa itu. Meggi adalah last resort, bukan pilihan terbaik dan banyak kajian menyatakan ia tidak begitu elok dimakan selalu.

Post kali ini sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan makanan, tetapi e-cover. Seperti makanan, e-cover juga terbahagi kepada dua, instant e-cover dan handmade e-cover. Sekarang ini terdapat banyak software meggi yang boleh buat e-cover instantly dan ini menyebabkan kurangnya handmade e-cover. Ramai yang mencuba untuk buat e-cover sendiri dan mencuba software meggi tetapi sejauh mana ia unik? Senang aje sebenarnya nak bezakan antara instant dan handmade.

Di atas adalah contoh e-c0ver e-book saya sendiri, thedollartools adalah e-cover yang dicipta menggunakan instant software manakala the complete guide to grafitti adalah e-cover yang dicipta menggunakan hanya illustrator CS2 dan photoshop CS. Para pembaca nampak x perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya?

Pada pendapat saya, instant e-cover mempunyai banyak kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya ia tampak kemas, tampak berkilau dan memukau kerana cerah dan contrast yang tinggi serta memang nampak bagus. Kelemahannya, biasanya gambar yang digunakan adalah sama dengan e-cover lain yang gunakan software yang sama. Ia juga tampak biasa, berserabut, dan tidak nampak unik. Nampak macam robot.

Handmade e-cover juga sama. Kelebihannya ia lebih unik, gambar mungkin tidak sama dengan yang lain, tampak original dan hampir real dengan efek yang baik. Kelemahannya ialah kadangkala kualiti tidak diambil berat di hujung, tampak sedikit kabur dan jika tidak pandai buat, hancus berkecai.

"Rich daddy, Poor daddy" menegaskan adalah lebih baik mengupah a pro untuk buat cover berbanding buat sendiri kerana cover sendiri dikira first impression.

Sejauh mana para pembaca memilih samada designer yang menggunakan instant software atau handmade, bergantung kepada anda kerana kadang-kala, meggi lebih sedap dari masakan kari di rumah :)

P/s: Jika para pembaca inginkan handmade e-cover, boleh tempah kepada saya dengan hanya Rm30 sahaja!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8