Saturday, April 19, 2008

ASB Fund Tidak Diiktiraf

Perhatian kepada para pembaca yang berminat untuk membuat sebarang pelaburan di dalam akaun ASB, adalah dimaklumkan lebih baik melakukannya secara normal dan bukannya secara online terutama di ASBFund.com. Ini kerana, ASB Fund tidak diiktiraf oleh ASB dan ejen-ejen AB sendiri.

Sila rujuk Utusan dua hari yang lalu akan notis amaran yang telah dikeluarkan oleh ASB sendiri berkaitan ASB Fund. ASB memaklumkan mereka tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan pemilik website terbabit atau apa-apa berkaitan dengannya, malahan mungkin akan mengambil tidakan ke atas web master website itu jika di dapati bersalah atau menjatuhkan kadar jualan ASB sendiri.

Sila layari ASB Fund dan anda dapati ia lebih seperti affiliate program. Ala, macam perigi duit, dan macam-macam lagi. Namun, perbezaannya ialah dia menggunakan nama yang sudah kukuh di mata pasaran Malaysia iaitu ASB. Ingat, jangan terjebak dengan sales letter yang menarik, termasuk janji ribuan ringgit.

P/s : Sales letter memang menarik, kalau x ia tidak akan dipanggil sales.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8