Saturday, April 12, 2008

"Black Hole" Di Ruang Maya!

Tahukah para pembaca akan kewujudan Black Hole? Black Hole bukanlah suatu yang asing jika kita bercerita tentang ruangan angkasa lepas. Ia terlalu menggerunkan sehingga tahap sedutannya mampu menelan hampir apa saja, termasuk cahaya. Kini, telah wujud hampir perkara yang sama di dunia maya!

Ya, bukan dunia realiti tetapi dunia internet. Ia tidaklah terlalu teruk sehingga mampu menyedut dan menghilangkan website-website atau web blog tetapi lebih kepada menyedut email dan beberapa data, tidak memilih antara penting atau tidak. Inilah punca kepada email yang kadang-kala hilang, tidak sampai ke destinasi yang dituju.

Amerika Syarikat NSF telah pun membiaya kajian untuk mengkaji dan mencari tempat di mana black hole muncul. Mereka menggunakan suatu sistem yang diberi nama Hubble, sempena nama satelit Hubble. Informasi ini dianggap berguna untuk membantu menangani masalah di internet pada masa yang akan datang.

P/s : Tahukah para pembaca, kajian untuk membuat semula black hole dalam makmal telah berlangsung dan saiznya lebih kecil dari atom kerana takut ia akan membesar dan menelan bumi!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8