Monday, April 21, 2008

Blog Goofy Gobbers

Sehari yang lalu saya dapat tahu bahawa adik saya berusia 7 dan 8 tahun sudah mula menggunakan internet sebagai medium pembelajaran dan juga entertainment. Takut juga mereka didedahkan dengan internet dalam keadaan yang cepat tetapi memandangkan laptop saya ada dipasang software kawalan, jadi, website-website "jahat" tidak akan pop-up begitu sahaja.

Sedang asyik mereka melihat saya update my blog, mereka meminta saya membuat blog berkaitan Spongebob, maka apa yang para pembaca lihat di bar navigation blog saya di bahagian bawah sekali ialah Goofy Goober Unofficial Web Blog, dedikasi kepada adik-adik saya :) Kadang-kala bagus juga ada satu blog kanak-kanak yang agak entertaining. Saya pun peminat Spongebob sebenarnya..kantol plak :p

Goofy Goober juga dicipta untuk menjadi medium memasang trafik kerana ia dipasang dengan Entrecard. Diharapkan taktik door to door ni berjaya lah. Saya nak cuba tengok jika ada salah sebuah web blog menonjol, adakah page rank akan naik. Buat masa ini saya belum buat sebarang analisis.

Jika anda hendak melepaskan tension, boleh aje ke Goofy Goober dan muat turun music mereka dari Spongebob The Movie terutama yang Goofy Goober Rock, memang boleh head banging, tu x tengok movie dia lagi, tergelaklah para pembaca nanti. Saya nak kongsi tapi saiznya besar, 700Mb. Selamat membaca dan mendengar :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8