Tuesday, April 1, 2008

Boikot Barangan Belanda!

Kita sendiri sudah sedia maklum apa yang telah Greet Wilders lakukan dengan menghina Al-Quran, kalam Allah yang suci itu dengan menaburkan fitnah dalam video pendeknya iaitu Fitna. Beliau merupakan ahli parlimen dan masih menjadi ahli parlimen. Kerajaan Belanda mengatakan undang-undang Belanda menyebabkan kerajaan Belanda tidak dapat berbuat apa-apa selagi video berkenaan tidak disiarkan sedangkan ia telah pun disiarkan di internet!
http://www.kabelduit.com/2008/03/fitna-suatu-fitnah.html

Jika kerajaan Belanda tidak dapat menyentuhnya, bersama-sama lah kita menyentuh kerajaan Belanda! Berikut merupakan barangan dari Belanda yang berada di Malaysia, sumber oleh PPIM. Maka, tunjukkan rasa cinta dan kasih kita dengan boikot barangan ini. Banyak lagi altenatif lain di pasaran Malaysia. Umat islam memang emotional bila sentimen agama disentuh!

1. Dutch Lady - Susu
2. Fererro Roche - Coklat
3. Wall's - Aiskrim
4. ING - Insurans
5. Planta - Magerin
6. Lady's Choice - Margerin, Mayonis, Jem
7. Lipton - Teh
8. Shell - Petrol, Diesel
9. Knorr - Perisa Makanan
10. Dove - Sabun, Losyen, Krim Mandian, Syampoo
11. Sunlight - Magerin, Sabun Pencuci
12. Radiant - Deodoran
13. Rexona - Deodoran
14. Ponds - Produk Kecantikan
15. Kieldsens - Coklat
16. Slimfast - Produk Pelangsing
17. Lego - Kismis (Bukannya Permainan)
18. Philips - Barangan Elektik & Elektronik
19. Kinder Bueno - Coklat
20. Unilever - Syarikat
21. Dumex - Susu Tepung
22. Nutricia - Susu Bayi
23. Sunsilk - Syampoo, Perapi Rambut
24. Fair & Lovely - Produk Kecantikan
25. Lux - Sabun Mandian
26. Clear - Syampoo
27. Breeze - Sabun Basuh
28. Bertolli - Minyak Masak

Banyak lagi barangan Belanda yang lain tetapi di atas adalah yang sudah terkenal di Malaysia. Boikot yang anda mampu tetapi jangan sampai menyusahkan diri. Yang sudah beli, pakai aje. Jangan membazir. Tetapi yang belum, cari altenatif. Beri tekanan kepada Belanda seperti yang telah dilakukan kepada Denmark sebelum ini.

P/s : Syampoo Sunsilk tu saya dah mula pakai, jadi, habiskan dulu yang ada dalam botol. Jangan membazir...

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8