Saturday, April 19, 2008

The Boiling Rock Belum Keluar Lagi!

Saya merupakan antara berjuta-juta peminat Avatar The Last Airbender. Jika para pembaca download, mungkin para pembaca sedar bahawa Book III Chapter 14 The Boiling Rock masih belum keluar sedangkan sudah berminggu-minggu. Saya memang dah hilang sabar nie.

Sebenarnya, jika dilihat di televisyen Kanada, ia telah pun disiarkan. Malahan, ia sudah dijual dalam bentuk DVD. Masalahnya sekarang ramai tidak dapat menonton Book III Chapter 14 kerana Nickolodean (betul ke ejaan nie) masih tidak dapat mempebaharui kontrak dengan syarikat yang membuat Avatar The Last Airbender kerana karenah birokrasi dan polisi.

Nick yang terlalu lambat memohon lesen penyiaran telah menyebabkan syarikat berkenaan mengambil masa untuk membuat sebarang kelulusan. Malang sekali kerana banyak website yang buat download adalah based dari Nick. Ini bermakna jika Nick tidak dapat lesen penyiaran, makin lama kena tunggu.

Harapnya masalah ini diselesaikan kerana peminat Avatar The Last Airbender seluruh dunia sangat-sangat dalam kesulitan. Jangan jadi macam Tsubasa Chronicle Resevoir dah lah sebab tergantung di pertengahan, Benci Clover!!!

P/s : Harapkan Nick di Astro, asyik ulang aje. Baik tengok Animax.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8