Sunday, April 20, 2008

Buanglah Blogger Bar

Ramai yang bertanya mengapa saya tidak membuang bar Blogger saya kerana ia mencacatkan pemandangan blog saya dan mungkin akan menurunkan impression orang terhadap blog saya, adakah saya tidak tahu bagaimana menghilangkannya? Bukan begitu sebenarnya, saya ada sebab mengapa tidak membuang bar berkenaan.

Sebenarnya dengan bar tersebut, ia akan memudahkan para pengunjung asing untuk membuat blog walking iaitu saling menziarah blog secara randomize. Kasihan mereka jika terpaksa berhenti di sini terutama orang asing yang tidak faham bahasa melayu. Sekurang-kurangnya saya merasakab blog saya tidak bertindak zalim :)

Yang kedua, memudahkan saya untuk log in. Ini kerana, saya suka melawat blog sendiri untuk melihat perkembangan pelawat dan hit sebelum masuk ke dalam dashboard. Jika ia tiada, maka saya terpaksa menaip http://www.blogger.com sebelum membuat sebarang adjustment. Secara tidak lansung, ia menyusahkan :0

Jika ditanya mengapa saya tidak buat laman blog ini click disable, ini kerana ia memudahkan saya untuk copy n paste barangan sendiri. Mudah untuk diedit dan mudah orang mengambil apa-apa perkara yang mereka berminat. Blog saya ialah open source dan ia berbentuk open market, jadi, ambillah apa yang para pembaca minati :)

P/s :Jika nak tau kaedah buang Nav bar, boleh ke blog saudara firdaus!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8