Thursday, April 17, 2008

Buat Lesen Baru Di MyEG, Bagus ke?

Seperti yang telah disiarkan di dalam berita TV3 semalam, kerajaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan telah melancarkan link terbaru dalam My EG iaitu CDL Renew. Ini bermakna para pembaca sudah boleh memperbaharui lesen memandu tanpa perlu pergi ke JPJ atau pergi ke kelas memandu. Tindakan kerajaan selaras dengan MSC ini memang sepatutnya dipandang tinggi.

Namun begitu, adakah tindakan membuat lesen baru secara online melalui MyEG ini sesuatu yang baik, bagus dan efektif. Saya tidak menafikan yang ia akan memudahkan sebarang pengurusan, sangat user friendly dan teknik yang baik terutama untuk mereka yang sangat sibuk dengan urusan peribadi dan pekerjaan, namun, ada side effect yang perlu diambil perhatian.

Adakah program ini sudah dikaji tahap keselamatan dan anti pemalsuannya? Zaman sekarang, apa sahaja sudah boleh dipalsukan. Jika road tax bukan satu masalah, maka lesen memandu bukanlah suatu kerja susah untuk ditiru. Mungkin kerajaan dan JPJ memang sudah membuat penilaian dan mempunyai beberapa kriteria ciri-ciri keselamatan yang saya tidak tahu :)

Saya belum lagi mencuba kaedah online ini, bagus juga untuk dicuba. Harapnya ia berjalan lancar, baik dan dalam masa yang sama mempunyai sistem pengesahan yang baik. Mungkin selepas saya menggunakan perkhidmatan di MyEg ini, saya lebih kenal sistem terbabit. Berminat untuk renew lesen? Sila ke link rasmi MyEG melalui link di bawah.


P/s : Lebih suka cara manual, lebih selamat :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8