Friday, April 4, 2008

Cukup Seriuskah?

Adakah para pembaca salah seorang dari 500 000 bloggers di Malaysia, yang mana Malaysia dikatakan antara negara paling banyak bloggers di dunia? Apakah tujuan para pembaca blogging? Ada yang kata demi passionate, ada yang kata nak buat income, pasarkan produk sendiri, cari teman dan sebagainya. Jika ditanya saya, saya sendiri dalam dilema, saya blogging sebab suka and sebab duit pun ada :) I love computer and everything about it, even the net.

Jika para pembaca blogging kerana passionate, hobi dan sebagainya, mungkin ini bukanlah suatu persoalan tetapi yang hendak blogging for money, promosikan produk dan sebagainya, adakah para pembaca cukup serius? Pernahkah para pembaca fikir apa sebab bisnes yang dijalankan di ruang blogging tidak berhasil dengan begitu baik? Saya ni bukanlah seorang yang arif, apatah lagi Guru, tapi mungkin ini sebabnya.Perkara pertama yang perlu ada pada setiap blogger yang ingin menggunakan blog sebagai medium menjual barangan dan perkhidmatan ialah domain name. Seperti saya, http://www.kabelduit.com dan http://thedollartools.com. Apa persamaannya? TIADA EKOR. Apakah ekor yang saya maksudkan? Sudah tentulah tiada http://kabelduit.BLOGSPOT.com. Itulah ekor yang mampu mencacatkan bisnes para pembaca.

Bukannya mahal sangat untuk buang ekor tu, para pembaca hanya perlu melaburkan Rm100 untuk mendapatkan pulangan berganda. Ini lebih baik dari berekor tetapi tiada pulangan. Tidak salah melakukan sedikit investment,bukan? Itulah perniagaan. Sekarang terdapat banyak web hosting yang menawarkan pakej, domain name dan hosting hanya Rm100. Contoh terbaik adalah Namsahaz. (Ada senarai web hosting lain di bawah sekali)

Adakah para pembaca rasa menggunakan medium bloggspot lebih mudah berbanding independent atau menggunakan Wordpress? Jika begitu, jangan susah hati, Minta teknikal support selesaikan semuanya bagi pihak para pembaca. Bukanlah hendak dipuji berlebihan tetapi Namsahaz sekali lagi bagi saya antara technical support yang hebat. Mereka yang tolong saya syncronize domain name dan blogspot. Saya sendiri tiada kemahiran dan mereka sedia membantu.

Apa lagi yang mungkin memberi masalah kepada blogger yang ingin berniaga? Sudah tentulah trafik. Kelebihan duduk di tempat blogspot ialah ia dibawah Google. Ini bermakna peluang untuk muncul di search engine Google lebih cerah berbanding menggunakan Wordpress dan Xanga. Tetapi, itu sahaja tidak mencukupi. Para pembaca boleh iklankan blog sendiri di Mybloglog, forum-forum, agensi pengiklanan internet atau email marketing!

Jadi, jika para pembaca serius menjadikan blogging suatu bisnes, saya rasa tidak salah apa yang saya katakan di atas diambil pertimbangan :)

P/s : Hari ini saya dapat tandatangan polis trafik sebab road tax mati :p

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8