Friday, April 18, 2008

Disebalik Isu Oink...Oink...

Isu babi atau isu oink-oink merupakan antara isu yang sangat hangat di dada-dada akhbar tempatan sebaik sahaja pilihan raya umum berakhir. Seperti yang biasa dibaca di dada akhar dan media massa, banyak yang menonjolkan keburukan dan rasa tidak puas hati. Isu babi atau babi itu sendiri merupakan haiwan yang melibatkan sentimen agama dan kaum. Haiwan yang diharamkan oleh islam ini disukai ramai bukan islam kerana dagingnya lebih lembut dari daging ayam.

Kaedah pemusatan dan pemindahan oleh kerajaan Selangor banyak dikatakan membawa kesan negatif dan memusnahkan ekologi dan pelancongan di Selangor. Masalahnya, sejauh mana kebenaran ini?

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu membuat kita berfikir sejenak:
1. Tapak pemindahan memang sesuai untuk ternakan babi.
2. Pemusatan ternakan boleh meningkatkan kawalan terhadap ternakan itu.
3. Teknik inside cubator ini telah digunakan di German, negara kejuruteraan.
4. Kos pemindahan ditanggung oleh penternak babi tersebut.
5. Tiada bahan buangan, ia akan dikitar menjadi biogas untuk kegunaan tempat itu.

Kepada sesiapa yang tidak sedar, ada petikan di akhbar semalam oleh seorang penduduk yang bersyukur dengan pemindahan tersebut kerana jika tiada pemusatan, lebih banyak pencemaran boleh berlaku.

Jadi, sebelum bertindak mengikut emosi, dont forget to think and ponder.

P/s : Saya berkecuali dari mana-mana parti politik.

2 comments:

  1. Memang ada yang baik. Apa yang saya post adalah kebaikan pemusatan pusat ternakan babi di Selangor.

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8