Saturday, April 5, 2008

Duit Bertaburan!

Para pembaca, mari kita main teka-teka. Rasanya jika di Malaysia, berapa banyak lelaki di atas boleh dapat dengan menghantar semua botol plastik tersebut ke pusat kitar semula? Saya jamin ia lebih kurang Rm500-Rm700! Itu baru satu trip. Sedarkah para pembaca terdapat banyak wang bertaburan di sekeliling kita? Hari ini saya melakukan perkara rutin setiap ahad, pergi menghantar barangan untuk dikitar semula. Income saya untuk satu trip ialah Rm64.80 dan saya bahagikan sedikit untuk anak sedara saya.

Jadi, keuntungan kitar semula, kalau bukan pada alam sekitar, sekurang-kurangnya poket mampu penuh. Bukan penuh sedikit, tapi berat (duit syiling). Jadi, mungkin para pembaca kurang pasti nilai barangan kitar semula biasa, inilah list harga. (Efektif di Kuala Kangsar sahaja)

Kertas : Rm0.20 sekilogram
Plastik : Rm1.00 sekilogram
Besi : Rm0.50 sekilogram
Aluminium Tin : Rm 0.70 sekilogram
Bateri Motor : Rm 5.00 sebiji
Bateri Kereta : Rm12.00 sebiji
Botol Kaca : Rm 0.05 sebotol (sangat rendah nilainya)
Rim Tayar : Rm3.00 sekilogram (perlukan ic sebagai pengesahan)
Tembaga : Rm4.00 sekilogram

Harga ini bukanlah harga jika anda jual pada pembeli surat khabar lama yang bawa van atau lori itu, ia efektif jika anda sendiri yang hantar ke sana. Tapi, jika tiada masa, jual aje pada mereka. Ia lebih baik dari dibiarkan berkarat atau dimakan anai-anai!

P/s : Paling banyak pernah dapat ialah Rm2000.00, jual tangki air (besi/aluminium) :p

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8