Thursday, April 10, 2008

Ibu Sufiah Menjadi Blogger (Blogger Baru)

Tahukah para pembaca kisah sebenar keluarga Sufiah? Bagaimana dia bermula dari kecil hingga besar? Bukan Sufiah saja tetapi seluruh keluarga. Tahukah para pembaca yang keluarga Yusof sebenarnya dididik oleh ibunya, Halimaton berbanding bapanya. 75% adalah dari ilmu seorang ibu. Malahan, Yusof tidak bersama keluarga itu selama 7 tahun! Adik-adik Sufiah jauh lebih pandai darinya, ada yang menghabiskan A-Level 2 tahun lebih awal berbanding Sufiah sendiri!

Semua ini terjawab di blog rasmi keluarga Yusof. Tapi saya pun tidak pasti siapa penulisnya, dengar cerita ibu Sufiah, Pn. Halimaton. Jika anda rasa blog ini adalah untuk membela Sufiah, ia satu kesilapan besar. Blog ini bakal mendedahkan banyak perkara yang disorok media massa dan media cetak, dan ia tidak langsung membesar-besarkan hal genius Sufiah.



Seriously, blog ini ditulis secara berkitar antara tiga beranak iaitu Pn. Halimaton, Iskandar, Zuleika, Abraham dan Aisha. Bahasa inggeris mereka sangat-sangat mengagumkan. Buat masa ini blog ini tidaklah cantik tetapi yang penting adalah isinya. Baru tiga post dan ada ratusan komen. Mesej yang hendak disampaikan...jangan jadi seperti Sufiah. Jangan jadikan dia idola. Jangan contohi dia. Ibu mana tidak sedih tetapi lebih baik sedarkan remaja sebelum terikut-ikut perangai Sufiah,

Ini blog yang wajib dibaca anda semua, jangan lupa baca post menarik bertajuk FAQ, Corrections of Misconceptions.


P/s : Biar tidak terlalu pandai, asalkan cukup ilmu dan berakhlak :) Semoga Pn. Halimaton tabah.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8